Connect with us

Artis / Selebriti

” Jatuh pun tetap show must go on. Timing dia cantik ye masa dia jatuh tu.. ” – Komen Netizen

Video peserta Raise The Star Malaysia, Keka terjatuh tangga ketika membuat persembahan raih perhatian ramai. Alahai kesiannga Keka, nasib Keka pandai cover. Nampak macam gimik pun ada sebab on point sangat jatuhnya..

Meninjau ke akaun Instagram Media Hiburan, perkongsian sebuah video yang memaparkan persembahan peserta Raise The Star Malaysia iaitu Keka terjatuh ketika membuat persembahan telah meraih perhatian ramai. Rancangan ini bersiaran di saluran Astro.

Ketika persembahan tersebut Keka menyanyikan lagu rancak dan tampil dengan memakai dress berwarna kuning. Di awal persembahan Keka berdiri di atas sebuah tangga kecil dan turun sambil memulakan persembahannya itu. Namun tanpa diduga, Keka terjatuh.

Keka tetap bangun meneruskan persembahannya dengan penuh bertenaga seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku. Malah saat Keka jatuh juga sangat kena dengan rentak muzik yang dimainkan ketika itu. Kalau dikatakan itu gimik juga boleh membuatkan orang percaya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Aina selaku juri dalam program tersebut turut memuji sikap professional Keka ketika melakukan persembahan tersebut.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen . Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Timing dia cantik ye masa dia jatuh tu . Baju tak sesuai dengan lagu .. sape pilih baju ni? ptut kena ada some1 yg pgng tu.. sbb heels pn tggi tu.. tahniah keka continue nynyi.. “

” Ala kesian diaa. Mujur jatuh tangga bawah dah. Kalau tangga atas aduhai. Tahniahhhhh!!! You did it!!! on beat pula jatuhnya tu.. “

” Stylist x sekolah ke..fast number bagi la pakai seluar ke..senang sikit nk gerak..pape pon keka mantap la malam ni..jatuh pon tetap show must go on.. “

” Lagu rancak,better pkai sluar,kasut boot ke hehe.. seriau tgk jatuh gitu..mujur x tggi sgt..sian keka.. jatuh pun on point.. “

” High heels tu. Nampak macam terpeleot sikit. Hopefully shes ok! Overall suara dia meletup Sakitnya tuh di sini. Show must go on.. “

” Aku ulang byk kali… biarkan dia penat. sajalah nk komen.. tudung tu betul, yg tak betul tulah… Aku plk yg terasa sakit lutut dia jatuh.. “

” Dont stop the performance walaupun jatuh, kain ketat bahagian peha pakai heels xsesuai dgn lagu yg rancak & banyak pergerakan.. “

Keka juga menjelaskan bukan masalah pada kasutnya yang tinggi menjadi punca dia jatuh. Tidak mengapalah Keka, perkara pun sudah berlaku, namun sikap professional Keka tetap meneruskan persembahannya amat dipuji. Ia berjaya menutup kesalahan pada awal persembahan tadi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Majalah Remaja, Media Hiburan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Sace Lady Compact Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak