Viral
” Jatuh air mata jantan aku wey. Yang dah kehilangan mak tahu la rasanya.. ” – Komen Netizen
Video Saudari Ain Dan Adik-Beradiknya Dipertemukan Dengan Seorang Wanita Yang Seiras Dengan Wajah Arwah Ibunya, Makcik Katijah Buat Ramai Tersentuh. Sebak Tengok Masing-Masing Peluk Dan Cium Makcik Katijah, Rindu Yang Tiada Penghujungnya !!
Menerusi perkongsian di Instagram Eyyaffiq, telah dikongsikan sedutan video ketika berlangsungnya program Malaysia Hari Ini pagi tadi. Dikendalikan oleh 2 hos yang hebat iaitu Ahmad Fedtri Yahya dan Dayah Bakar, segmen berjudul Wajah Pengubat Rindu dipertontonkan kepada umum.
Pihak MHI telah pun menjemput seorang wanita bernama Ain yang mana videonya tular di applikasi Tiktok dan ianya mendapat perhatian producer MHI. Menerusi video ini, turut dipaparkan video Ain merakamkan gelagat seorang wanita yang seiras dengan wajah arwah ibunya.
Tanpa pengetahuan Ain, pihak MHI telah pun mengaturkan untuk mempertemukan Ain dengan wanita tersebut. Makcik Katijah hadir berkerusi roda dan ditolak oleh menantunya ke studio MHI. Jelas kelihatan riak wajah sedih Ain ketika melihat Makcik Katijah berada di depan matanya.
Tanpa disuruh, Ain memeluk dan mengucup Makcik Katijah. Suasana ini meruntun hati warganet yang menonton MHI. Tidak hanya Ain, 2 orang adik beradiknya yang lain juga turut didatangkan ke studio MHI untuk bertemu dengan Makcik Katijah. Sayu melihat 3 beradik ini menangis kerana dapat memeluk wanita yang seiras arwah ibu mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah automatik meleleh air mata.. Jatuh airmata aku.. bnde aku paling takut khilangan mak ayah, hari2 aku fkr sbb mak ayah aku dh tua.. ”
” Weh aku ni ganas tau.. aku gengster mafia ni . asal aku nngis do.. aku xleh nangis aku ni baran.. ”
” Berlinang air mata aku tgh kerja ni arhh.. nangis bawah meja.. fahamnya kerinduan yang tiada penghujung.. Yang dah kehilangan mak tahu la rasanya.. ”
” Ooiii tak sedar airmata meleleh tengoknya … sebak sangat.. Allahuakbar, sakit rindu yang tiada penghujung.. ”
” MHI oiiiii.. Jatuh air mata jantan aku wey… hampa dahsyat la. bab mak ni memang sedih. sejak ketiadaan mak ni memang bukan sedih ja dah teresak-esak dah tgk bab2 mak ni.. ”
” Nangissss sebagai anak yang both parents dah meninggal, kalau benda ni jadi dekat saya pun confirm banjir.. ”
” Kalau ak tmpt dayah dah terburai air mata xkluar kata2 dah. terima kasih smua team mhi rindu pd yg dah tiada ni sakit, bila jmp jer spe2 yg irasnya spt org yg kte syg, auto jd sebak dan rsa dada nk pecah sbb tllu rindu.. ”
Bukan hanya Ain dan adik beradiknya yang menangis tetapi penonton juga turut berlinangan air mata. Rasa sedih dan gembira yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dapat memeluk insan yang seiras dengan arwah ibu. Semoga terubat kerinduan Ain sekeluarga terhadap arwah ibu dengan pertemuan ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG eyyaffiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen