Artis / Selebriti
” Jarang-jarang nak tengok Tok Ram macam ni, haha.. ” – Netizen
Video Telatah Datuk Ramli MS Menyambut Hari Lahir Bersama Rakannya Buat Ramai Terhibur. Tak Sangka Tok Ram Pun Layan Jer Apa Yang Rakan Dia Suruh Buat. Semangat Betul Meniup Tu, Haha !!
Siapa yang tidak kenal dengan Dato Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram yang merupakan orang kuat dalam industri muzik tanah. Bagi mereka yang mengenali Datuk Ramli MS atau Tok Ram, tentunya sudah terbiasa dengan sikapnya yang dikatakan suka bergurau dan suka berbual.
Semalam, Tok Ram telah menyambut ulang tahun kelahirannya dan isteri Tok Ram, Datin Alyah berkongsi video membuat kejutan dan ucapan selamat hari lahir kepada Tok Ram di akaun Instagram. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Tok Ram pula dikongsikan video meraikan hari lahir bersama rakan-rakannya.
Menerusi video itu, Tok Ram berada di sebuah kedai makan dan ada seorang rakan Tok Ram meminta Tok Ram meniup. Tak disangka, Tok Ram menuruti apa yang disuruh rakannya. Rupa-rupanya video tersebut diedit dengan imej kek yang ada lilin.

Seloroh Tok Ram di ruangan kapsyen mengatakan yang hadiah ini tidak perlu mengeluarkan wang. Perkongsian video itu menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa terhibur mereka dengan kapsyen yang ditulis Tok Ram serta gaya Tok Ram meniup api lilin.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan peminat dan rata-ratanya memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Tok Ram. Antara komen-komen menarik adalah :
” Jarang-jarang nak tengok Tok Ram macam ni, haha.. happy birthday Tok Ram yang sentiasa awek muda, bahagia bersama keluarga.. “
” Selamat hari lahir Tokram.. Terima kasih menghiburkan kami dgn gelagat bapak2. Serius terhibur sangat2 dgn gelagat Tokram Tok Jalal Jatt dgn Roy Azman.. “
” Hahahaaha comelnya pipi merahhh.. Happy birthday Tok Ram.. Semoga Tok Ram sihat2 slalu, sentiasa dipermudahkan urusan.. “
” Hahahaha.. Happy birthday Tokram.. Kita tunggu hari ahad ni pula, agak2 ada kej0tan tak daripada Nabil Ahmad dan Jihan, hehehe.. “
” Selamat Berulang Tahun Tok Ram.. Semuga Allah panjangkan umur rezeki dan kesehatan serta sentiasa d dalam Rahmat dan Redha Allah swt.. Aamiin.. “
” Wehh manis tengok Tok Ram senyum, slalu tengok muka serius ja, hahaha.. Happy birthday Tok Ram.. Semoga dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan.. “
” Hahaha sekali dapat kek digital laa, kemain betul.. Selamat hari lahir Tok Ram.. Semoga bahagia selalu bersama Datin Alyah dan dimurahkan rezeki.. “
Boleh tahan kelakar juga Tok Ram ni, layankan saja permintaan daripada rakannya tu. Apa-apa pun mungkin masih belum terlambat lagi untuk kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir kepada Tok Ram. Semoga Tok Ram diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tokram_ramlims
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti21 hours ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen



