Artis / Selebriti
” Jangankan gunung Kinabalu, di lautan pun akan ku bersama mu. Haa agituuuu.. ” Komen Netizen-

Video gelagat YB Syed Saddiq dan Bella Astillah mendayung sampan di Semporna raih perhatian ramai. Alahai makin lama makin sweet lah YB Saddiq dan Bella ni. Part YB Saddiq puji Bella tu alahai cair..
Selepas mendaki gunung Kinabalu, pasangan duta Primavalet kini menjelajah ke Semporna, Sabah pula. Bukan biasa-biasa, rangka promosi tahun ini oleh Pramavalet meraih pujian ramai apatah lagi kerana pemilihan dutanya, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq yang dirasakan sangat secocok.
Selepas membawa warganet jelajah parlimen secara live, Bella dan Syed Saddiq terbang ke Sabah untuk tugasan mereka. Pulau Semporna menjadi lokasi pilihan kedua negeri di bawah bayu selepas mereka berdua berjaya menawan puncak gunung Kinabalu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Primavalet, telah dikongsikan satu video terbaru Syed Saddiq dan Bella menikmati suasana laut dengan menaiki sampan. Gelagat mereka berdua membuatkan peminat yang menyukai hubungan mereka berasa gembira.
Syed Saddiq tahu cara untuk menggembirakan dan menghargai Bella dan itu salah satu pujian yang warganet berikan kepada MP Parlimen Muar ini. Tidak hairan lah ramai yang sukakan Syed Saddiq dan Bella kerana keserasian mereka nampak semulajadi dan tidak dibuat-buat.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Patutlah semut2 di semenanjung hilang, rupa rupanye ikut pergi semporna.. Tgk vid sambil dgr lagu ni makin lebar sengih sorg. penat kami jd mata2 kamu dua.. cepat la besatu.. “
” Everyday bersemut ni.. semoga seru jodoh akan tiba buat bella dan Syed Saddiq Aamiin.. dorag ni macam real je sampai kita pun dah angau pada BASS.. “
” Hari tu gunung Kinabalu.. ni lautan pulak.. Parlimen pun sudah.. Tok kadi je belum berani ye hehe.. “
” Kita happy sebab bella happy n berada dengan orang yang menghappykan dia, puji dia, appreciate dia. Even small thing SS acknowledge n puji, mcm orang layan budak2.. “
” Dia macam…..Yb ni boleh je buat tapi macam layback gitu bagi bella nampak cerdik. Macam I will always here to help you. Gituhh. Paham tak maksud aku? Pahamm takkk? Ish.. “
” Gunung lautan parlimen semua sudah mereka tawan.. Yb ckp ‘ waa pandai lahhh , pandai lah bella ‘ . tapi yg aku tersenyum2 mcm aku plak yg dpt pujiannya.. “
” Jangankan gunung Kinabalu, di lautan pun akan ku bersama mu.. haa agituuuu.. tersengih sengih aku kt sini “wah pandai lah”.. “
” Alamak . Hidup saya dah ceria balık . Yb Kesayangan Malaya dan artist Kesayangan Malaya . Happy Wei tengok couple ni .. you made my day.. “
Mesti ramai yang tersengih lebar masing-masing menonton video ini. Gunung Kinabalu sanggup didaki, lautan Semporna pun sanggup direnangi. Bukan biasa-biasa couple kesayangan ramai ini. Sama ada ianya hanya sekadar content atau pun realiti, Bella dan Syed Saddiq sudah memberikan kebahagiaan untuk semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aaa note akhir Akiko ni yang nak sangat tengok. Allahu menggeletar Ridz tahan air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Iqram Dinzly. At least ada orang cerita tentang arwah secara personally.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hampir tak cam, dah macam bukan Enot. Serius cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Penyanyi asal pulak kena tengok lirik sambil nyanyi. Tiara punya pasal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Abang terus kejutkan dia, ‘ honey wake up, wake up’ . Tapi dia tak wake up dan abang tak nak alihkan muka dia.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Betul, dah bercerai. Kita orang terima lelaki itu seadanya.. ” – Anak Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berdekah tengok tiga-tiga orang ni berlakon. Menjadi betul, kelakar sangat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alhamdulillah inilah yang ditunggu-tunggu. Gathering family, one step closer.. ” – Komen Netizen