Artis / Selebriti
” Jangan lah macam ni, tak keruan Ami nak menjual. Ami susah nak fokus.. ” – Adira

Video Reaksi Adira Suhaimi Ketika Dato’ Red Bagi Beberapa Gift Ketika Adira Sedang Live Di TikTok. Alahai Tak Keruan Adira Bila Dato’ Red Asyik Bagi Gift. Bibik Pun Bukan Main Menyakat Lagi Yer. Katanya Ada Makna Tu, Hehe !!
Sayu reaksi warganet selepas mendengar pengakuan daripada suami penyanyi Adira Suhaimi, Dato’ Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato’ Red menerusi temuramah portal hiburan yang mendedahkan dirinya telah diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu.
Justeru itu, Dato’ Red tekad untuk mencari pekerjaan dan sanggup mengetepikan perasaan malu demi mencari wang untuk menyara keluarga dan melunaskan hutang yang ditanggungnya. Mengakui sedang berada di titik terendah dalam hidup, Dato’ Red turut menceritakan situasi terpaksa menerima wang daripada Adira untuk membeli buku sekolah dan juadah berbuka puasa anak-anaknya sebelum ini.
Setelah beberapa hari mencari kerja, tak disangka rezeki datang kepada Dato’ Red. Dato’ Red telah menerima beberapa jobs seperti memperagakan baju Melayu dari sebuah butik pakaian terkenal dan juga tawaran kerja daripada produk makanan sejuk beku. Perkongsian video-video itu dikongsikan sendiri oleh Dato’ Red di akaun TikTok.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik penama suzieahmad1, telah dikongsikan video yang memaparkan isteri kedua Dato’ Red iaitu Adira Suhaimi sedang membuat video live. Namun, ketika sedang menjual produknya, Adira terkejut menerima beberapa gift daripada Dato’ Red.
Tonton video di bawah ini :
@joharahamdan
Seloroh Adira, dia tidak keruan mahu meneruskan jualan kerana Dato’ Red tidak henti memberikannya gift. Kedengaran bibik Adira juga turut menyakat Adira dan Dato’ Red mengatakan yang Dato’ Red sedang ‘memujuk’ Adira. Namun begitu, akui Adira, hubungan dia bersama Dato’ Red sangat baik dan mereka tidak pernah bergaduh.
Antara komen-komen warganet yang diterima :
” Adira ni memang cantik.. dah la putih melepak.. semoga bersatu semula abg red.. dia dapat give dari orang2 baik dia bagi kepada family yang dia sayang.. “
” Ni real ke drama ni ? bukan apa, dah masak dengan drama rumah tangga org2 sebelum ni demi marketing… minta2 yg ni tak macam tu ya.. semoga baik2 saja.. “
” Sape tak sayang suami oooii.. Sweet je macam bercinta hahaha.. Dia sayang tu, Adira.. Aku pulak yang malu-malu.. hahaha.. “
” Blushing letuuu.. tt pujuk memujuk ni.. ahahah.. pandai dato dia tak leh withdraw dia bg bini dia cara mcm tu.. mcm tu lah bagus, Adira.. “
” Alhamdulillah syukur.. moga kamu berdua kembali bersama.. Misi mengorat balik . Netizen saksi bah.. gift Dato tu rezeki buat Isteri & anak2 dia.. dia bagi balik bha Sama family… auuu sweet.. “
” Dato nak withdraw duit x boleh kena ada no akaun kan.. Mana tau dia bg kat adira tu nanti adira tolong tukar kan ke duit… Dapat lah dorg beli brg2 keperluan.. “
” Sy doakan Adira semoga kembali bahagia dgn dato red.. Dato red buat live org bagi gift lepastu gift tu dia bagi org lain yang susah budak budak yang bagi gift.. “
Malu-malu Adira apabila tengok Dato’ Red asyik bagi gift. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga segala urusan pasangan ini akan dipermudahkan dan akan menemui jalan terbaik dalam hubungan rumah tangga mereka. Untuk sekadar info, hasil perkongsian hidup bersama, Adira dan Dato’ Red dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok suzieahmad1, IG adira.suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen