Artis / Selebriti
” Jakelina ni, bagi lagu apa pun semua perform. Memang nombor syatuuu.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein berduet bersama Amir Masdi menyanyi lagu Nur Cinta raih pujian ramai.Wah sedaplah Kak Lina bawa lagu Nur Cinta ni, gandingan duet yang terpaling padu..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Amir Masdi menjadi tetamu jemputan di segmen Carta Era 40 bersama Elly Mazlein baru-baru ini. Video pertama memaparkan Elly dan Amir sedang berborak.
Elly ada bertanya kepada Amir mengenai kisah percintaannya yang pernah terputus. Kata Amir, meskipun ianya sudah berlalu, namun ‘calar’ masih ada sambil dirinya tersenyum. Selain itu, menerusi video kedua pula, Amir dan Elly berduet menyanyikan lagu Amir yang sedang popular iaitu Nur Cinta.
Pada awal video, Amir terlebih dahulu menyanyikan lagu itu dan kemudiannya disambung oleh Elly. Kedua-duanya sangat menjiwai lagu yang dibawakan oleh mereka. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji suara Elly merdu dan sesuai membawakan lagu Nur Cinta.

Selain itu, ada yang memuji Elly seorang penyanyi yang mampu menyanyi pelbagai genre lagu dengan baik. Sehingga kini, video nyanyian Amir dan Elly telah menerima lebih 1, 300 tanda suka serta ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai nyanyian Elly bersama Amir. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Jakelina ni, bagi lagu apa pun semua perform. Memang nombor syatuuu. Patut Amir nyanyi “hatiku dah tiada nurlina” hahhahaahaaaa.. “
” Fuhh menusuk terus ke hati lah bila lagu ni Kak Lina nyanyi.. Mana tahu kan, nanti boleh masuk Ajl duet dengan Amir, hehe.. “
” Best nyaaa nurlina nyanyii.. Duet yg paling comel kak Lina & Amir Masdi. Terhibur tengok Kak Lina, tapi padu betul suara Kak Lina.. “
” Memang suka dengar Amir Masdi nyanyi.. Vokal dia terbaik, bergading pula dgn penyanyi no syatuu, kaklina.. Meletop lah.. “
” Yg tgh nyanyi ni roh sape ek.. Sh aida mazlina.. Elly mazlein..Kak kepom ke.. Kak lina.. Kak Jakelina atau Kak Mydinlina.. Sedap sangat suara ni.. “
” Lama tak dengar Kak lina pompom nyanyi, rindu nak dgr.. Kedekut skg dia nk bgi dgr suara dia.. Bayar deqqq kata dia hahahaha.. ”
” Love duet ni ..Amir ni telan kaset ke ehhhhh.. Suara kak lina sesuai dengan lagu Nurcinta.. Duet tone with Amir Masdi letoppp.. “
Benar lah apa yang dikatakan oleh warganet, suara Kak Lina memang merdu apabila menyanyikan lagu Nur Cinta ini dan lagi-lagi bergandingan bersama penyanyi asal, Amir Masdi yang dikatakan suaranya seperti telan kaset. Apa-apa pun, semoga Amir serta Elly akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi oleh mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti60 minutes ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen

