Artis / Selebriti
” Jaga lah aibnya, jangan jadikan dia hanya content yang mengaibkan dirinya.. ” – Ainina Ahmad B

Perkongsian terbaru oleh Ainina Ahmad B selepas pemergian anak istimewanya, Nur Ara Elisya undang sebak warganet. Sebaknya baca ayat-ayat Ainina untuk anak syurganya..
Beberapa hari lepas, anak bongsu Rahmad Mega dan bekas isteri, pelakon Ainina Ahmad B iaitu Nur Ara Elisya telah pergi buat selama-lamanya. Berita sedih itu dimaklumkan oleh bekas penyanyi kumpulan Mega ini di akaun Instagram. Pada ketika itu Rahmad sedang berada di Sarawak untuk membuat persembahan di Betong.
Pada bulan Februari lalu, Rahmad ada berkongsi cerita mengenai arwah Elisya yang juga anak istimewa (OKU) telah menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM). Terbaru, meninjau di akaun Ainina, telah dikongsikan posting yang memaparkan Ainina meluahkan rasa hatinya selepas pemergian Elisya.
Tulis Ainina, dia begitu merasa tenang hati dan bersyukur kepada Allah kerana dapat memberikan sepenuh kasih sayang anak syurganya itu. Ainina juga turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sepertinya agar menjaga anak tersebut dengan baik dan penuh rasa kasih sayang.
Tulis Ainina lagi, anak istimewa adalah anak syurga dan hadiah paling istimewa yang diberikan oleh Allah kepada ibu bapa. Sehingga kini, perkongsian terbaru oleh Ainina itu telah menerima ratusan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongisan video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan ramai yang turut memberikan kata-kata semangat kepada Ainina. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Takziah Ainina.. Pasti syurga tempat Elisya. Semoga selalu tenang dan bila rindukan Elisya singkaplah kenangan2 kalian bersama pasti akan rasa lega.. “
” Salam takziah sis, adik Elisya sedang bahagia disyurga menemui Tuhannya.. Al fatihah.. Untung ainina dah ada anak syurga menanti mu di sana.. “
” Sedihnya, tak mudah menjaga anak syurga selama 16 tahun & semestinya rutin berubah lepas ni. Akak dah buat yang terbaik. Sy pun ada anak syurga umur 8tahun. Alfatihah Elisya.. “
” Sebak dibuatnya baca apa yang Ainina tulis.. Semoga arwah Elisya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama roh para Syuhada’ dan juga Solihin. Amin Ya Robbal Alamin.. “
” Semoga diberi kekuatan sis.. Selalu tengok telatah Alyesa di sini.. Innshyaallah anak syurga akan menati ibu di syurga.. “
” Inn Sha Allah.. Allah maha berkuasa dan lebih menyangi adik Elisya lagi.. Elisya siap menunggu kakak sekeluarga di sana… Sayanggggg Elisya… Rindu lihat telatahnya.. “
” Turut berduka. Dari dulu saya suka tengok video Nina & Elisya. Untungnya Nina, Elisya dah tunggu nak pegang tangan Nina masuk syurga.. “
Membaca setiap apa yang ditulis oleh Ainina itu, kita dapat merasa yang Ainina begitu merindui anak syurganya dan pesanan Ainina itu juga begitu ikhlas. Salam takziah kepada Ainina, semoga Ainina terus diberikan ketabahan dan kekuatan menjalani kehidupannya selepas pemergian Elisya. Semoga arwah Elisya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi Allah di Syurga.
Silakan SHARE..
Sumber :IG aininarich_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya berjaya menghubungi, berbual dan whatsapp dengan tuan punya komen tu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tone suara Abbas sama dengan Bilal. Slang cakap English pun lebih kurang, best dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Cinta tak semestinya memiliki, dah ada contoh hebat. Besar hati kak Erma ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” ‘Saya macam haiwan, hidu hidu pergi ke saluran bau’. Berdekah aku Amayan oii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral16 hours ago
” Mak, kan ada dua orang yang nda (tidak) puas hati dengan Ara ni. Yang namanya Kak C tu.. ” – Zara Qairina
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adoi lawak lah, Papa dah pandai nak caras Mama. Sikit lagi jari tu nak masuk lubang hidung.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Yang last tu berdekah aku. Lawak parodi ni, haha.. ” – Komen Netizen