Connect with us

Viral

” Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan agar kubur Almarhumah Zara Qairina digali semula untuk tujuan bedah siasat.. ” – Puan Marhamah Rosli

Ini kenyataan media daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kes adik Zara Qairina. Semoga kebenaran terbongkar dan segala fitnah terpadam..

Kematian pelajar Zara Qairina membuka mata ramai pihak dan ramai yang memperjuangkan keadilan untuk Zara. Baik dari Sabah hingga Semenanjung Malaysia, semuanya bersatu dan menyokong segala usaha ibu Zara dan team peguam ibu Zara untuk menegakkan keadilan untuk anak malang ini.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Marhamah Rosli, telah dikongsikan satu maklumat terkini mengenai perkembangan kes Zara. Setelah desakan oleh pihak ibu Zara untuk menggali semula kubur Zara, akhirnya permintaan itu diluluskan untuk tindakan lanjut.

Ianya satu berita yang melegakan untuk team peguam ibu Zara kerana ini akan banyak membantu siasatan lanjut kes Zara sama ada ianya kerana buli atau pun benar-benar Zara terjatuh dari tingkat 3. Satu kenyataan rasmi telah pun dikongsikan menerusi posting ini.

Jabatan Peguam Negara bersetuju ianya satu keperluan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilakukan secara menyeluruh dan telus. Memandangkan tiada bedah siasat yang dilakukan sebelum ini, pastinya akan ada petanda baru untuk kes Zara selepas post mortem nanti.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Alhamdulillah, moga dimudahkan segala urusan.. Berkat kuasa doa… Subhanallah.. Allahuakbar.. Syukur dan moga dapat merungkai segala keraguan.. “

” Mudah2han dipermudahkan semuanya, Aminnnnn.. Terus semangat ustazah & smua yg btungkus lumus moga dipmudahkan smuanya.. “

” Alhamdulillah ustazah.. Langkah yang teratur dan sistematik lagi tersusun. Semoga ada sinar di hujung jalan kelak.. “

” Syukur alhamdulilah semoga di permudahkn urusan dan dapat keadilan aamiin.. justiceforzara.. Teruskan berdoa, perjuangan blum slesai.. “

” Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Kau Rasa Kau Hebat Bila Orang Lain Menangis?” Wahai pembuli.. tahniah pada semua.. teruskan berdoa dan teruskan mengikuti kes zara ini.. “

” Alhamdulillah.. semoga d permudahkan smua nya ustazah Marhamah Rosli.. May God bless you and your beloved family, Amen.. “

” Ya Allah permudah lah segala urusan keluarga Zara untuk menuntut keadilan untuk Almarhumah Zara Qairina. Aamiin.. semoga langkah seterusnya bjln dgn lancar Dan terus mendapat keadilan.. “

Info yang sangat menggembirakan semua pejuang Justice For Zara. Mungkin dengan langkah ini, segala teka-teki yang bersarang di hati ibu Zara dan orang ramai tentang punca kematian Zara akan diketahui. Semoga keadilan untuk Zara dapat diperolehi dengan secepatnya.

Silakan SHARE..

Sumber : FB Marhamah Rosli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak