Artis / Selebriti
” Isteri saya bukan makcik, ini Datin Seri. Semua ni aku nak, ko ingat aku takde duit ke.. ” – Dato’ Aliff Syukri
Video Dato’ Aliff Syukri membawa Datin Shahida membeli barang kemas raih perhatian ramai. Amboi banyaknya Dato’ Aliff borong emas, untuk satu badan dibelinya. Terkejut tengok harga masa nak bayar. Macam sama je Dato’ Aliff, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Aliff membawa Datin Shahida ke sebuah kedai barangan kemas ternama. Menerusi video itu, Dato’ Aliff meminta Datin Shahida memilih barangan kemas yang disukainya.
Sementara itu di ruangan kapsyen, tulis Datin Shahida, entah mimpi apa hari ini suaminya itu mahu membelikan barangan kemas untuk dirinya. Perkongsian video oleh Datin Shahida tersebut telah menarik perhatian wargnet. Ramai yang terhibur melihat telatah Dato’ Aliff ketika mahu membeli barang-barang kemas itu.
Sempat Dato’ Aliff berseloroh mengatakan isterinya itu kelihatan seperti Datin Seri ketika memakai barang kemas, bukannya nampak seperti makcik. Bukan itu sahaja, Dato’ Aliff juga menegaskan yang isterinya sememangnya mempunyai gelaran Datin Seri.

Namun begitu, Datin Shahida pada awalnya menolak untuk membeli barangan kemas. Setelah dipujuk oleh Dato’ Aliff akhirnya Datin Shahida bersetuju. Kelihatan pada resit tersebut, jumlah harga barangan kemas yang dibeli oleh pasangan ini bernilai 1.5 juta ringgit Malaysia.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan dalam masa yang sama terhibur dengan telatah Dato’ Aliff menerusi video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mantap, ini kali la yer memang meletop. Baik habis kan duit untuk anak bini daripada bagi orang pinjam duit.. Terjamin la sikit masa depan.. “
” Dia beli, tp aku yg puas hati.. Sweet betul Dato’ Aliff ni.. Suka tengok cara dia layan Datin.. Penuh rasa cinta.. Alhamdulillah rezeki Datin.. “
” Tok Lip angkat martabat wife dia dari penghinaan.. Hebat Tok Lip ni bukan calang2.. Moga Allah pelihara keluarga Tok Lip sekeluarga.. “
” Bertepek2 dia bagi. makcik2, 1.5juta package sekali tunjuk stokin, haha no syaatuuu dato.. Alhamdulillah, moga terus bahagia hingga syurgaaaaa.. “
” Seronok ketika sang isteri dihina si suami tampil kedepan membela isterinya, good job dato terserlah matang n protective di situ.. “
” MashaAllah tabarakalah.. Nmpk wajah datin sayu..tahniah Datin.. Tq Dato agungkan isteri.. Kami yang tengok ni pun tumpang happy sekali tau.. “
” Datin selalu tak nak barang kemas… Tapi ni dia kena terima.. Bila dato ckp untuk anak2… 1.5j ada berani ke tu yang nak beli, haha.. “
Umum mengetahui isu viral tentang hutang 1.5 juta yang hangat diperkatanya mengenai seseorang. Bonda Rozita ada menafikan khabar itu, namun Bonda Rozita telah memadam posting itu setelah beberapa jam dimuatnaik. Kebetulan jumlah harga emas yang dibeli oleh Dato’ Aliff sama dengan jumlah yang diperkatakan itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

