Artis / Selebriti
” Ishhh jatuh cinta dengar. Sedap sungguh suara dangdut Talita.. ” – Komen Netizen
Video Thalita belanja teaser lagu Dag Dig Dug yang akan dinyanyikan ketika konsert minggu ketiga Talk To My Manager raih pujian ramai. Wah sedap betul suara Thalita menyanyi lagu ni, lenggok dangdut tu yang mahal..
Anak perempuan tunggal Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Thalita semakin hari semakin mendapat perhatian warganet. Penyertaan Thalita sebagai peserta Talk To My Manager memberikan saingan yang sengit kepada peserta-peserta lain dan Thalita antara peserta favourite.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cik Indah911, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Shuib dan Thalita. Seperti biasa, mereka berdua akan melayani komen-komen daripada viewers yang mengikuti live pada ketika itu. Ada yang meminta untuk mendengar sedikit nyanyian Thalita untuk TTMM.
Untuk makluman semua, Thalita mendapat tugasan untuk mempersembahkan lagu dendangan asal Haiza berjudul Dag Dig Dug. Genre dangdut ini merupakan genre yang baru untuk Thalita dan Thalita sudah pun bertemu dengan Haiza sebelum ini untuk meminta tips dan nasihat.

Mendengar teaser yang Thalita nyanyikan untuk viewers ini sudah dapat membayangkan kehebatan Thalita di pentas TTMM malam esok. Baru intro sahaja sudah semerdu begini, boleh buat semua berdangdut di auditorium nanti. Semakin hari semakin mantap lenggok dan vokal Thalita.
Jom tonton video di bawah :
@cikindah911 Dekta lanjee sikittt teaserr utk konsert ahad nii 💃💃.. Kawan2 yang pergi awas kalau tak menarii ekk 😆😆.. #ttmm #heartythalita #thalita #shuibsepahtu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Makin sedap suaranya, Thalita ada aura tersendiri. dia hari ii belajar vocal dengan atok dia kat rumah , mana tak wow kan.. atok power nyanyi.. “
” Ya ampun sama betul dengan suara arwah mak dia, sebijik.. kemas betul suara Thalita.. makin mantap suara dekta, auntie sukaa.. “
” Makin merdu suara thalita.. ishhh jatuh cinta dengar.. Sungguh sedap suara dangdut Talita.. Moga dpt tempat pertama.. Buat terbaik.. “
” Sarah junior sounds like Sarah.. Terharu tengok cara sayang ayah kami.. terbaik shuib, tabik lah.. tak sabar nak tengok persembahan Thalita.. “
” Tak sabar nak dengar Thalita nyanyi lagu dangdut.. dengar teaser ni pun dah best, ari show nanti tentu lagi wow.. “
” Merdu suara Thalita.. memang sedap suara Thalita, lain dari dulu.. aduh yang belakang tu pun.. matin yang handsome tu matin lah kan hehe.. “
” Suara Thalita ni kan, memang buat meremang dengar. Dia macam suara ibu tapi ada aura yang lebih buat kita tak sabar nak tengok Thalita performed.. “
Teaser pun sudah sesedap ini dan pastinya ketika persembahan sebenar nanti, Thalita akan memberikan yang lebih wow untuk semua penyokongnya. Ramai yang tidak sabar hendak melihat Thalita berdangdut ‘Dag dig dug’. Good luck Thalita dan semoga semuanya dipermudahkan untuk Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cikindah911
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

