Artis / Selebriti
” Ini lah bidadari syurga yang Allah janjikan ahli syurga. Istimewanya Nurly di sisi Allah.. ” – Komen Netizen
Pengakuan ketua doktor yang melakukan postmortem bercerita keadaan arwah Nurly Sahirah buat ramai kagum. Indahnya pengakhiran Nurly, pencinta Al-Quran yang dijanjikan syurga Allah, Insha Allah..
Kisah arwah Nurly Sahirah masih lagi menjadi buah mulut ramai warganet sehingga ke hari ini. Permergiannya yang menghidupkan jiwa yang lalai, perginya Nurly dalam keadaan yang cukup sempurna dan masih utuh memeluk erat kalam Allah itu dalam dakapannya.
Sebelum ini, pemandu van jenazah yang membawa jenazah Nurly pulang dari Perak ke Terengganu bercerita mengenai wangian yang dihidunya dan ianya datang daripada jenazad Nurly. Kali ini, pendedahan oleh ketua doktor yang melakukan postmortem nahas bas UPSI pula dikongsikan.
Menerusi perkongsian ini, doktor tersebut menceritakan apa yang berlaku ketika mereka melakukan postmortem. Jenazah Nurly adalah yang terpaling wangi dan paling mudah diuruskan. Doktor ini juga mengesahkan arwah Nurly mendakap erat Al-Qurannya dan mereka terpaksa meleraikan pelukan Nurly untuk mengambil Al-Quran tersebut.

Doktor ini juga memberi gambaran wajah Nurly yang ketika itu kelihatan tenang seakan sedang tidur. Ada senyuman di wajah Nurly dan yang lebih membuatkan dirinya teruja adalah bau yang datang daripada Nurly. Wangian syurga yang tidak pernah ada bau seakannya di dunia ini.
Jom tonton video di bawah :
@opahmalatifah Beruntungnya kamu pergi menghadap Ilahi dalam pelukan al-Quran. Tanda cinta dan kemuliaan yang tak dibuat-buat. Kamu memuliakan al-Quran sewaktu hidup dan Allah muliakan kamu sewaktu mati. Al-Quran yang dijadikan teman hidup kini menjadi saksi kematian yang mulia. Tenanglah dalam pelukan rahmat Nya sebagaimana kau peluk kalamNya di akhir nafas. Semoga husnul khatimah milik kamu, dan al-Quran jadi saksi kebaikan kamu di akhirat. Moga kita juga dijemput dalam husnul khatimah seindah itu. #upsiberduka #cintaquran #husnulkhotimah #anaksyurga #sahabatbosskay #sahabatopahma
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 57 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kematian yang membuka hati kita untuk kembali kepada Alquran, Allahukahbar hebtny dirimu nurly syahirah.trima ksh Allah pinjamkn kami srikandi yg membuka mata kami semua hari ini.. “
” Nurly syahirah tu pn bermaksud perempuan terkenal yg bercahaya – mmg terkenal 1 malaysia pun sekarang.. bidadari syurga.beruntungnya dia.. “
” Lepas dengar kisah dia sy dah start mula buka quran, pengajaran buat kita semua.. sampai masa kita pn akan kembali kpd pencipta.. “
” Driver van jenazah pun ada bgtau bau aromanya halus takde dkt dunia ni rsa nk hidu lgi baunya… Syurga buat Allahyarhamah Nurly sahirah.. “
” Bertuahnye awk dik.. sgguh akak cemburu.. syurga tempatmu.. mesti awk tgh bhgie kan.. Meninggal dalam keadaan berwudhuk. Allah.. “
” Sah ini lah bidadari syurga yg allah jnjikn ahli syuga itu tk tua … subhanallah… beruntung adik ni dn ahli kluarganya. Pergi nya amat kami cemburui… Jadi asbab semua terketuk Hati utk sentiasa ingat baca quran.. Tkasih adik nurly.. “
” Istimewanya nurly di sisi Allah. Bau kasturi wangi….. Hanya insan terpilih akan dpt bau ini…. subhanaAllah.. indahnye pengakhiran nurly syahirah ni.. “
Kisah Nurly Sahirah akan sentiasa mekar dalam ingatan ramai. Perginya Nurly meninggalkan sesuatu yang menyedarkan ramai orang tentang mendekati kalam Allah. Semoga syurga tempat Nurly Sahirah dan sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Nurly Sahirah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok opahmalatifah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

