Artis / Selebriti
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah

Video YB Syed Saddiq menyamar sebagai pemanggil ketika Bella Astillah sedang bersiaran menjadi Penyampai Radio Era buat ramai terhibur. Alamak YB, awal lagi dah terkantoi. Part Nabil cerita Bella sebut nama YB tu, sweet betul respon YB. Blushing Bella dibuatnya, hehe..
Sebagaimana yang diwar-warkan semalam di akaun media sosial Era FM, telah diumumkan Bella Astillah ditawarkan sebagai penyampai radio intern Era FM. Bella telah pun melapor diri pagi ini dan bersiaran bersama geng 3 Pagi Era (3PE), Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin Era.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan 3PE membuka peluang kepada pendengar untuk memberikan ucapan dan kata-kata semangat untuk Bella sempena hari pertama Bella menjadi Penyampai Radio Era.
Pemanggil yang berjaya menembusi panggilan memberitahu namanya Danial dan memberikan ucapannya untuk Bella. Tetapi Bella lebih kenal buah hatinya dan dari tutur kata dan ayat yang digunakan Bella sudah dapat merasakan itu adalah YB Saddiq.
YB Saddiq sendiri apabila Bella mengatakan dia kenal suara YB Saddiq, terus tergelak di talian. YB Saddiq juga sempat menitipkan pesanannya kepada Nabil, Pak Azad dan Radin supaya menjagakan Bella untuk dirinya. Nabil turut memberitahu YB Saddiq permintaan Bella untuk mengajak YB Saddiq sarapan bersama-sama dan ada kisah sweet yang membuatkan geng 3PE rasa tersentuh.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Baru nak bukak mulut pun Bella dah tahu tu abang sayang. bella knal buah hati dia okay .. Hari ni takde monday blues sebab dah dapat vitamin BASS.. “
” Adoi senyum senyum lah kami.. Kawan tu dah la nebes, macam-macam lak danial ni kan.. tarik nafas panjang bella haha.. Terpaksa pagi2 x Monday Blues.. haha hubungan face to face terus nabil bagi.. “
” Masa bagi salam tu aku tau dah YB Syed Saddiq. cara dan style tu berbeza haha.. Sebut wanita je memang dah tahu YB Saddiq.. “
” Jarang lelaki nak guna ayat wanita ni utk perempuan… YB je lain Dr yg lain.. Comel lah yb ni, tak jadi prank Bella.. hahahahahah sakit pipi wei gelak and senyum pagi ni.. “
” Ahahaha Danial Danial haha.. saya pun tak boleh laa. sebut wanita je dah tahu siapa yang cakap.. Semua tahan ketawa ek mula mula tu..kalau dah sayang memang kenal lah kan.. tolong jagakan bella untuk saya tu auww green forest lah YB ni.. sweet dan sayang betul yayang bella dia.. “
” Tone nada YB tu tak boleh ubah weh.. meriah pagi Era harini Bella join 3PE.. Aku dah terbahak dengar Danial tak boleh tu.. adui yb.. mana lah bella tak sayang.. “
” Daniel tak boleh menipu sebab itu berdosa haha.. dia sebut wanita je dah kenal dah.. Ya Allah, bersemut semut dah hp ni. Aduh cepat cepat lah YB Saddiq dan Bella. Kami menyokong BASS sepenuhnya.. “
Paste ‘bersemut’ handphone warganet menonton video ini. Yang penting, Bella memang sentiasa mengingati YB Saddiq dan begitu juga sebaliknya. Mesti hilang segala Monday Blues dapat ‘vitamin BASS’ pagi ini. Good luck Bella dan terus success dalam kerjaya yang diceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Bella Astillah, IG Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kata-kata yang betul-betul menusuk kalbu. Tiada ambil hak sesiapa, Allah sentiasa ada untuk kalian.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dengar Maam cerita pun dah seronok kisah cinta Fattah dengan Amira ni.. ” – Komen Netizen