Connect with us

Artis / Selebriti

” Ini adalah di luar pengetahuan saya sebagai penyanyi asal dan composer lagu ini.. ” – Ernie Zakri

Video Penjelasan Ernie Zakri Mengenai Isu Lagu Astana Untuk Semi Final Muzik-Muzik Raih Perhatian Warganet. Alahai Kesiannya Ernie, Muka Nampak Menahan Sebak. Ini Sebenarnya Yang Terjadi !!

Lagu Astana nyanyian Ernie Zakri dan juga ciptaan Ernie Zakri bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman menjadi isu hangat yang diperkatakan oleh warganet apabila nama Ernie selaku penyanyi asal tiada dalam senarai untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 38.

Ini menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian di kalangan warganet. Pada perkongsian terdahulu, Ernie ada berkongsikan siaran media dari pihak Universal Music Malaysia iaitu syarikat Ernie bernaung. Kini Ernie tampil untuk memberikan penjelasan berkenaan isu tersebut.

Klik gambar untuk info..

Meninjau akaun Instagram Ernie, penjelasan yang jelas dikatakan oleh Ernie. Ernie mengatakan dia menunggu green light daripada syarikat kerana dikatakan perbincangan sedang dijalankan bersama RIM. Namun tiba-tiba, diwar-warkan bahawa penyanyi ganti, Nadeera yang bakal menyanyikan lagu tersebut.

Sebagai penyanyi asal dan pencipta lagu, ianya memberi kejutan dan terkilan untuk pihak Ernie kerana tiada sebarang notis atau makluman diberikan kepada Ernie untuk keputusan ini. Warganet juga meluahkan ketidak puasan hati mereka kerana Ernie adalah selayaknya untuk membawakan lagu Astana.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Ernie ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Yess.. camni ni orang yang knowledgeable do their work.. bukan main langgar je.. AJL tanpa Ernie macam makan nasi tanpa kuah.. ”

” Banyak betul dugaan kak ninie sepanjang karier dia kan.. haih justice for kak ninie. tak pun tarik je diri kasi ajar sikit.. ”

” We stand with kak nini.. mata kak Ernie nampak sedih tu.. yang baik-baik untuk Ernie, saya sentiasa ada belakang Kak Ernie.. ”

” Sentiasa bersama kak ninie, kita hentikan penindasan.. Semoga baik2 shj All THE best kak NINIE ramai sayangkan akak.. ernienators_official love you ALWAYS.. ”

” Kami undi lagu ASTANA hampir tiap hari sebab nak tengok Ernie persembahkan lagu tu di pentas AJL. Tiba2 orang lain yang nak nyanyi. Adil kah perkara ini buat pengundi2 ernie? Jika pihak media prima awal2 mengatakan bahawa bukan Ernie yang akan menyanyikan lagu Astana, maka itu kmi tidak persoalkan seperti apa yg berlaku pada lagu Sirna. Hmmm.. ”

” Sbnnye nini nak ckp dia pon ada hak sbg composer ASTANA . Tp nini tetap nk ckp scara positive nk mnjaga pihak Itu ini . Gantikan nini tp nini taktau Pape Itu SANGAT LAAHHH TAK PATUT.. ”

” Memang patut kalau Ernie and fellow producers tarik diri. Imagine tak diberitahu dah ada pengganti penyanyi. Sangat biadab.. ”

” Sedih tauuu. aku puas undi EZ. tapi bukan dia yang nyanyi. sekali dua boleh terima. tapi dah banyak kali. dah lah yang kompos pon dia. dia ada hak tauuu untuk pertahankan lagu ASTANA. kenapa lah selfish sgt sesetengah pihak ni.. ”

 

Klik gambar untuk info..

Tidak sepatutnya pengurusan melakukan sebegini terhadap Ernie. Walaupun seperti ditindas, Ernie masih lagi positif dan bercakap dengan ayat yang cukup berlapik. Di sini ternyata Ernie sangat profesional dalam menghadapi situasi sebegini. Semoga akan ada penyelesaian terbaik dan keadilan untuk Ernie.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT