Artis / Selebriti
” Ingatkan gambar lama tadi sebab kekal muda, macam pengantin baru pulak.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Fauzi Nawawi Dan Lisdawati Bersanding Semula Sempena Anniversary Yang Ke 15 Tahun. Wah Tak Banyak Berubahlah, Dua-Dua Maintain Awet Muda. Part Ucapan Tu Comel Je !!
Diam tak diam, sudah 15 tahun usia perkahwinan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati. Dikurniakan dengan 4 orang cahayamata, Lisdawati pernah menyuarakan hasratnya kepada Fauzi sebelum ini untuk kembali bersanding.
Ini adalah kerana Lisdawati terkilan tidak dapat berkongsikan kenangan majlis bersandingnya dahulu gara-gara ketika itu masih belum berhijab dan menutup aurat. Impian Lisdawati ini tercapai juga dan segalanya dipermudahkan untuk mereka.
Menerusi akaun Instagram Official Hlive, gambar-gambar dan video persandingan semula pasangan ini telahpun dikongsikan. Jika 15 tahun dahulu, Fauzi dan Lisdawati memakai busana songket kuning, pilihan busana kali ini tidak kurang cantiknya.

Memilih songket berwarna putih dan sepasang baju berwarna biru, pasangan ini kelihatan seperti pengantin baru. Apatah lagi kedua-duanya tidak banyak berubah dan maintain awet muda bak komen peminat. Dari dulu sampai sekarang, badan maintain kurus.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telahpun mencatatkan lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen mereka :
” Kurus je Lisdawati ni dari dulu sampai sekarang macam tu je badan dia. Sweet couple lah dorang ni.. “
” Awet muda, macam pengantin baru pulak tengok. Terbaiklah, happy anniversary both.. “
” Happy anniversary, Alhamdulillah. Tahniah masih berseri-seri lagi. Muka sentiasa muda dedua ni.. “
” Cantiknya design baju biru tu. Still the same dari dulu sampai sekarang. Alhamdulillah, semoga sakinah, mawaddah wa rahmah.. “
” Comel macam pengantin baru je. Alhamdulillah semoga terus bahagia till jannah. Suka pasangan ni.. “
” Sama cantik sama padan, moga berkekalan hingga ke jannah. Lisdawati Cantik dan manis orangnya.. “
” Badan pulak maintain, lagi lah best. Semoga bahagia ke syurga firdausi, happy anniversary.. “
” Slmt ulang tahun Perkahwinan yg ke 15 tahun.. semoga tambah kebahagiaan bersama sama keluarga sehingga ke nafas yg terakhir Insyaallah Aamiinx3 YRA Alhamdulillah.. “
” Ingatkan gambar lama tadi sebab kekal muda. Dua-dua muka awet muda. Happy anniversary till Jannah.. “

Memetik ayat Lisdawati, bolehlah gambar-gambar mereka kali ini dipaparkan sebagai memori untuk anak cucu cicit nanti. Pengantin lama tapi tak ubah seperti pengantin baru. Apa-apa pun, happy anniversary daripada kami di Berita Kopak dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Fauzi Nawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman


