Artis / Selebriti
” Indeed, well said Syed Saddiq. Heret sekali semua yang terlibat.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq membahaskan di Parlimen mengenai isu mangsa buli yang terkorban raih perhatian ramai. Tegas betul YB Saddiq, siap cabar kerajaan. Bak kata YB, pastikan semua yang terlibat ‘dimiskinkan’..
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kisah penemuan arwah Zara Qairina yang dikatakan terjatuh dari tingkat 3 asrama sebuah sekolah SMKA. Ibu arwah Zara pula menegaskan yang anaknya menjadi mangsa buli dan satu demi satu saksi mula bersuara mengenai kejadian yang terjadi di asrama.
Itu salah satu kes yang menyayat hati orang ramai dan banyak sebenarnya kes buli yang menyebabkan kematian terjadi di sekolah dan universiti. Menyedari fenomena buli dan nyawa yang dijadikan seakan bahan gurauan, MP Muar, YB Syed Saddiq tampil membahaskan isu ini di parlimen.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Majoriti Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq membangkitkan kes-kes buli yang telah terjadi dalam negara. YB Saddiq dengan penuh ketegasan menyarankan dua cara untuk memberi pengajaran kepada pembuli.

Ujar YB Saddiq, sampai bila buli akan dinormalisasikan sebegini dan kita tidak mahu ada lagi nyawa yang melayang gara-gara perbuatan buli. YB Saddiq menyuarakan isi hati orang ramai yang inginkan pembelaan untuk semua mangsa yang kehilangan nyawa kerana sifat tidak berperikemanusiaan pembuli.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Walaupon YB bukan dari Parti pilihan saya, tapi Malaysia perlu ahli politik yang bijak, jujur, berani.. “
” Pembuli bukan sekadar Di kalangan murid tp juga d tempat kerja. di skolah xde yg peduli lpstuh bwk ke tmpt keje… ksian dkt org yg kna buli. berkobar² rasa bila hasrat hati disampaikan bertubi² oleh YB.. “
” Masa di sekolah diorg terlepas. Sbb tu SS punya point tu bagus. Cantas dr peringkat bwh supaya perangai dajal tu tak mbawak ke zmn dewasa.. “
” Loveeee. Teruskan perjuangan YB. Saya sendiri mangsa buli sekolah. Setiap tahun pindah sekolah sbb cikgu2 semua backup pembuli. Kenakan pelindung pembuli. Miskin kan mereka yes.. “
” Betul saya stuju sokong syed saddiq.. satu idea yg bijak dan berkesan.. smoga Allah mudahkn niat baik syed sadiq amin.. “
” Selain menteri belia dan sukan,yb ni kalau jd menteri pendidikan pun sesuai sbb dia muda dan cepat buat tindakan.. Anak muda yg lantang . Terbaik YB.. Hebat kau YB syedsaddiq. Gini lah yg kita mau. semoga ada keadilan untuk mangsa.. “
” Indeed, well said SS. Heret skali semua yg telibat. X kena kt batang hidung anak2 dieorang mmg la. Kes buli ni paling sakit hati ya kalau dgr pengakhiran yg pembuli kena hukuman x setimpal langsung.. “
Cadangan yang bernas dan boleh digunapakai oleh semua ibu bapa yang menghadapi masalah anak menjadi mangsa buli. Semoga keluarga arwah Zara juga akan dapat menfailkan sama sivil supaya semua yang bersubahat baik secara langsung atau tidak langsung mendapat balasan yang setimpal.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majoriti Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

