Artis / Selebriti
” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
Video Erra Fazira dan Ezwan Zain bercerita mengenai impian hidup masing-masing buat warganet tersentuh. Murni sungguh hati Mr E. Impian Erra pula buat Mr E terkejut. Deep sangat impian Erra tu, memang tak sangka..
Podcast Kasi Onz kembali bersiaran dan episod 5 telah pun dilancarkan semalam di Youtube Channel Kasi Onz. Perbualan santai dan penuh bermanfaat daripada Erra Fazira dan Ezwan Zain memberi banyak inspirasi kepada pendengar kerana ianya penuh dengan nasihat dan pengajaran.
Menerusi perkongsian di akaun Titkok Amyapit, telah dikongsikan sedutan video podcast tersebut. Kali ini pasangan sweet ini bercerita mengenai impian hidup paling besar dalam hidup mereka. Kata Ezwan, impiannya itu kini menjadi impiannya bersama Erra.
Tambah Ezwan lagi, dia berniaga bukan semata-mata ingin kaya sebagaimana tanggapan umum. Namun dalam jiwa Ezwan, ada terselit satu impian yang ingin dilaksanakan menerusi hasil perniagaan yang dijalankan itu. Mendengar impian Ezwan membuatkan ramai tersentuh.

Ketika Ezwan bertanyakan kembali kepada Erra impian Erra dalam hidup, jawapan Erra membuatkan Ezwan terkedu dan terdiam sebentar. Impian seorang isteri yang sangat besar dan mungkin berat untuk suami lain memberi keizinan namun Ezwan redha dengan permintaan Erra itu.
Jom tonton video di bawah :
@amyapit Impian Erra Fazira dan Ezwan Zain menyentuh hati dan penuh makna. Ezwan Zain menyimpan hasrat besar untuk membuka sebuah sekolah khas buat anak-anak miskin tegar, agar mereka mendapat peluang pendidikan dan masa depan yang lebih baik. Erra Fazira pula meluahkan impian yang sangat indah — berdoa agar suatu hari nanti menghembuskan nafas terakhir di bumi Madinah, tempat yang penuh keberkatan dan kasih Ilahi. Cinta mereka bukan hanya tentang kebahagiaan dunia, tetapi tentang memberi, berbakti dan menuju akhirat bersama. Inilah cinta yang dibina dengan niat, doa dan keikhlasan 🤍 #cintaabadi #impianbersama #cintakeranaAllah #menujuakhirat #doayangindah FOLLOW SAYA GAIS.. tq 🙏🏻🙏🏻
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dah dapat dah pahala tu.. sebab nak niat nak buat kebaikan.. Amin.. arghhhhhhhhhh diorg berdua ni, patut la kawen.. jodoh dr syurga.. “
” Mudah2an impian & usaha kedua2 pasangan ini dimakbulkan Allah. Dikurniakan kebahagian di dunia hingga ke Jannatul Firdausi.. “
” Impian Erra sedih la, mr e pun nampak berubah wajah dengar impian erra tu. tapi dia merestui sebagai seorang suami.. moga impian Erra dan mr e tercapai.. “
” Semoga impian mr.E dgn kak Erra terlaksana impian yg besar telus dan semoga kasih sayang kak Erra dan mr.E seluas lautan samudera.. “
” Rare dan Impian yg sangat ‘Murni’.. Moga Impian Mr.E & Erra Fazira tercapai.. Semoga termakbul sekolah ank2 miskin tegar.. murni sungguh impian mr e tu.. “
” Terharu dengar impian Erra dan suami, impian Mr E sangat mulia, semoga terlaksana impian mereka… Aaamiinnn… Yarobbal… Alaminnn.. “
” Ya Allah 2 impian yang terbaik daripada Erra dan mr e.. semoga Allah makbulkan impian sweet couple ni. terharu dengar baik impian mr e mahu pun impian Erra tu.. “
2 impian yang berbeza, namun niatnya murni dan mencari redha Allah. Terharu mendengar impian Erra dan Ezwan itu. Semoga Allah permudahkan dan lancarkan rezeki Erra dan Ezwan untuk mencapai impian besar mereka itu. Sama-sama kita mendoakan untuk pasangan ini, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Misha KTR Garage , Youtube Channel Kasi Onz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

