Artis / Selebriti
” Ibu sayang Intan Payung, nak iPad ibu, please.. ” – Afwa
Video gelagat comel Afwa memujuk DS Siti Nurhaliza untuk main iPad buat ramai terhibur. Pasrah je Afwa kena buat apa yang ibu suruh. Dah macam buat latihan vokal. Masa k1ss ibu tu, macam tu je Afwa cengkam tudung ibu, haha..
Meninjau di akaun Instagram inaijari010 dan akaun TikTok sitizoner, telah dikongsikan video yang memaparkan video gelagat comel Muhammad Afwa meminta keizinan mahu bermain iPad dengan ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi video tersebut, DS Siti sedang membuat live sambil duduk di kerusi meja makan. Tiba-tiba, kelihatan Afwa telah datang kepada DS Siti dan meminta mahu bermain iPad. Kata DS Siti kepada Afwa, jika mahu bermain iPad, Afwa perlu menyanyi sebuah lagu.
DS Siti meminta Afwa menyanyi lagu ‘ tepuk amai-amai’ namun kedengaran Afwa menyanyikan lagu berbunyi ‘bye bye bye’ . Selepas itu, DS Siti sekali lagi menyakat Afwa dengan berkata Afwa perlu meminta dengan memanggil dirinya dengan panggilan ‘Ibu sayang Intan patung’ .

Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan geram melihat gelagat Afwa yang terpaksa mengikut kehendak ibunya gara-gara mahu bermain iPad. Sehingga kini, perkongsian video Afwa di akaun TikTok telah menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@sitizoner
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan gelagat Afwa dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alamak nak main ipad punya pasal, Afwa kena test vokal dulu dengan ibu, haha.. Geram betul tengok budak comel ni, hahahaa.. “
” Ya Allah tak padan dgn ibu tak sayang Afwa.. Part Afwa cengkam tudung tu kelakar, hahaha Afwa2, nak main ipad kan, kena pasrah lah.. “
” Muka tu tahan sabar je kena paksa buat, hahahaha.. Afwa budak yang comel.. Gaya buat intan payung tu paling comel, hahaha.. “
” Dia cengkam tudung ibu time cium tu nmpk betul gelojohnya.. Hahaha jnji dpt ipad yer Afw yer.. Comel betul gelagat Afwa.. “
” Nak terkoyak tudung ibu, dia grip tudung ibu dia weh hahahaha.. Gara2 nak main ipad, hahaa.. Afwa2, acik tengok pun tergelak tau.. “
” Tok ti, gelak sikit je pun dah rasa nyanyi lagu purnama mengambangggg, kalau sy gelak mau anak sy nangis hentak kaki minta ipad, haha.. “
” Comel betul dua beranak ni.. Pandai Tokti nak memintapun kena ada irama.. Baiklah Afwa ni mendengar kata, hehee.. “
Macam-macam Afwa kena buat untuk mendapat ‘kelulusan’ bermain iPad. Pasrah sungguh muka Afwa apabila kena usik dengan ibu. Masa diminta untuk cium, habis dicengkam tudung ibunya. Apa-apa pun, semoga Afwa terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG _inaijari010_, TikTok sitizoner
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

