Connect with us

Artis / Selebriti

” I on repeat mode the ‘ tak cantik ‘ , geram betul dengar, hahaha.. ” – Netizen

Video Telatah Comel Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Bersama Oma Dan Atuknya Buat Warganet Terhibur. Berdekah Oma Dengar Isaac Cakap Macam Tu. Spontan Je Keluar, Haha !!

Semalam telah dikongsikan video yang memaparkan Zahirah Macwilson membuat kej0tan pulang ke Australia bertemu ibunya dan ahli keluarga lain di sana. Gelagat anak Zahirah, Isaac Raees yang sangat teruja bertemu dengan oma dan atuknya sangat mencuit hati.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram ibu Zahirah, Maslinda telah berkongsi video baru bersama Isaac. Menerusi video itu, kelihatan Maslinda dan suaminyaa telah membawa Isaac pergi beriadah di sebuah taman dan Isaac duduk di atas meja sambil memegang botol minuman.

Ketika Maslinda merakam video tersebut, Isaac telah membuat mimik wajah dan secara spontan Isaac mengatakan ‘tidak cantik’ . Mendengar apa yang dikata oleh cucu tersayang, Maslinda terus berdekah ketawa. Bukan itu sahaja, akui suami Maslinda, mimik wajah yang dibuat Isaac seperti Zahirah waktu kecil dahulu.

Sehingga kini, video baru yang dikongsikan oleh Maslinda ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Amboi, tak sangka spontan je Isaac cakap seperti itu. Ada sahaja gelagat comel Isaac membuatkan orang terhibur.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telagat Isaac dan menyukai perkongsian video ini. Antara k0men-komen menarik adalah :

” I on repeat mode the ‘ tak cantik ‘ , ger4m betul dengar, hahaha makin kelakar lah budak comel ni kalau dah bercakap.. “

” Hahaha tak cantik pulaaa, hahahahhaha.. Memang lah awak tak cantik, sebab awak tu budak handsome lah, hahahaha.. “

” Eeeee ger4m nyaaa jumpa omma ke tuuu Ijackkk, ahhh so sweet.. Tgk mcmni i tak sabar plk nak jadi grandma tau, hehe.. “

” Ya Allah.. Kita pon rasa seronok tgk… Tu la kata penangan cucu, dgn cucu pon atuk nenek melting habis, hehehe.. “

” Wajah yg membuat oma nye tak keruan , hencemnye serta bijak lah Isaac ni, semoga membesar menjadi anak yg soleh.. “

” Bijakkk & klakar la Ijackkkk.. Like grandma, like Ijack.. Hehe.. Suka sgt tengok Jackjack dgn Oma.. Comel Ijackk sekarang.. “

” Comel sungguh Issac ni. anak pintar. Tak cantik pula dia cakap.. Seronok lah oma dan atuk, cucu balik jumpa.. Dapat lah lepas rindu.. “

Alahai manjanya Isaac dengan Oma dan Atuk, memang cucu kesayangan Oma dan Atuk. Apa-apa pun, selamat bercuti buat Isaac sekeluarga. Semoga Isaac sentiasa sihat-sihat selalu dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG maslindayusoff, zahirahmacwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT