Artis / Selebriti
” Husin dan Zack Junior, boleh buat movie macam bapa diorang lah.. ” – Komen Netizen
Video anak Dato’ Awie dan Dato’ Jamal Abdillah meniru watak Husin dan Zack lakonan bapa-bapa mereka buat ramai terhibur. Wah, memang sebijik sama lah, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Putra Ahmad Merrah, perkongsian sebuah video yang memaparkan dirinya meniru watak lakonan bapanya, Dato’ Awie iaitu Husin telah meraih perhatian ramai. Turut serta dalam video tersebut ialah anak Dato’ Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani.
Zaki pula meniru watak lakonan bapanya iaitu Zack dalam filem Azura. Watak Zack dalam filem tersebut merupakan seorang romantik dan berkarisma. Bagi peminat filem tempatan, watak Husin lakonan Awie dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sememangnya cukup melekat di hati penonton.
Kedua-duanya mengayakan cara pemakaian watak tersebut yang membuatkan ramai peminat teringat dengan bapa mereka. Nampak saling tidak tumpah apabila kedua-duanya membawakan watak Husin dan Zack. Sesuai sangat jika diadakan kesinambungan filem-filem tersebut.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Ini bukan sekadar tentang rupa yang sama, tetapi juga tentang kesinambungan legasi seni. Ia mengimbau nostalgia peminat lama, dalam masa yang sama memperkenalkan watak-watak ikonik tersebut kepada generasi muda.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat mereka berdua. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Okayyy pleaseee hantu kak limah 4 dgn dorg pleasee, hahahaa sebijikkk mcm husin juniorr.. alamak tuan , kita bakoooo je si merah ni.. “
” Stagaaa.. btul2 hussin junior sama bopren azure.. Husin dh macho eh skrng. Husinn junior kome is comebackk.. merrahhhhh. Sebijik Husin.. “
” Plzzz rumahproduksimerah buat filem utk depa ni satu confirm pecahhhhh , tolong laaa ak xleh blah dgn 2 ketul nI.. Husin Dan Zack Junior.. “
” Geram je la ek tngk dua org ni.. Cara gini lagi la aku x leh lupa husin.. Mcm nie la gupenye tengok husin dlm cite zomba kampung pisang.. “
” Tak tengok akademi fantasio ke, Maggie Singapore kamu ni buat perut teman rasa memuleh lah sin.. Halahh halahh 2 ketul ni kan.. Buat hal laaaa.. “
” Boleh buat movie mcm bapa diorang la, nmpk ada bakat. Produser cer buat filem ke drama amik dorang ni berlakon.. “
” Jap pak2 depa ni mana? Tak kena katok ke depa ni niru gaya pak depa.. Jgn lentik sgt hahahaha risau aku.. Zack Azura & Husing Warung Pak Jabit.. “
Jika benar suatu hari nanti Husin dan Zack dihidupkan semula dalam versi baharu dengan anak mereka sebagai peneraju, pasti ia menjadi satu lagi momen bersejarah dalam industri hiburan tanah air. Yang pasti, bak kata netizen ‘memang sebijik sama, macam fotostat!’.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ahmad Merrah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

