Artis / Selebriti
” Hujung-hujung Mawar Rashid pemain bola sepak perginya. Penat aku mengilai gelak weh, haha ” – Netizen
Video Anak Istimewa Zarina Zainuddin, Azal Menyuruh Zarina Buka Tudung Raih Perhatian Ramai. Alamak Azal, Terkejut Ibu Dengar Permintaan Azal. Part Petik Nama Mawar Rashid Tu Serius Kelakar. Tapi Tak Sangka Ini Sebab Azal Suruh Ibu Dia Free Hair !!
Zarina Zainuddin antara selebriti yang mempunyai anak istimewa. Zarina tidak pernah malu, malah Zarina begitu terbuka untuk berkongsi perihal anaknya, Azal dan Azil supaya orang awam lebih memahami situasi anak-anaknya itu. Pasangan kembar kini sudahpun dewasa dan Azil rajin membantu Zarina berniaga.
Meninjau entry terbaru Zarina Zainuddin di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan satu video terbaru Azal. Menerusi video ini, Azal meminta untuk ibunya ini membuka tudung. Zarina agak terkejut dengan permintaan oleh Azal itu.
Apabila ditanya mengapa Azal ingin ibu free hair, Azal mengatakan ibunya sudah 8 tahun memakai tudung dan boleh membuka tudung sekarang. Tidak terhenti di situ, Azal juga bercerita mengenai selebriti wanita yang selalu diikuti perkembangannya iaitu Mawar Rashid.

Cerita Azal tentang Mawar membuatkan warganet terhibur. Kata Azal, Mawar bekerja sebagai pemain bola sepak dan bekas isteri kepada Raf Yaacob. Banyak pengetahuan Azal mengenai artis Malaysia dan kata warganet, Azal boleh menjadi rakan gosip terbaik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha comel lah Azal ni.. tak istiqomah katanya.. Hujung-hujung mawar rashid pemain bola sepak perginya.. ”
” Senak perut ketawa Azal oii.. Mungkin dia keliru dengan Syafawi Rashid kot.. last-last sekali juruterbang.. ”
” Ape mawar rasyid pemain bola sepak dia suke pakai baju terbang hahaha.. adoii nk ketawa pun ade akk ni azal oii.. ”
” Hahahhaa layankan aja laa kak kita pun terhibur dengan ayat Azal ni. Ada masa boleh buat geng gosip ni haha.. ”
” Azal ni terhibur kakak tau.. mawar rashid kerje sebagai pemain bola sepak ke haha.. comel lah azal ni.. ”
” Penat aku mengilai weh haha.. tak pe azal, jangan stress yea.. ibu azal manis pakai tudung.. ”
” Kelakar Azal ni, kesian dia tak faham.. geng pakcik bawang la azal ni best pulak.. pandai dia bercerita.. ”
Kelakar juga mendengar permintaan oleh Azal ini. Ceritanya mengenai Mawar juga mencuit hati. Namun semua faham, anak istimewa ini belum memahami ibunya yang wajib menutup aurat. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa



