Connect with us

Artis / Selebriti

” Hebatnya Anggrek boleh mengait. Suara tu sedap betul nyanyi, ada keunikan tersendiri.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Adira Suhaimi, Anggrek Adenan menyanyi lagu Sayang Orang Sama sambil mengait raih pujian ramai. Power lah Anggrek, sambil menyanyi siap boleh mengait lagi tu. Suara pun padu..

Baru-baru ini, anak sulung kepada penyanyi terkenal, Adira Suhaimi iaitu Anggrek Adenan telah mencuri perhatian ramai apabila diumumkan menjadi salah seorang peserta yang menyertai program Talk To My Manager Musim Kedua dan turut menjadi peserta paling muda.

Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Adira, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan Anggrek menyanyikan lagu terbaru ibunya yang berjudul Sayang Orang Sama. Perkongsian itu menarik perhatian warganet yang teruja melihat gelagatnya.

Namun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah gelagat Anggrek ketika menyanyi. Anggrek bukan sahaja menyampaikan lagu dengan penuh perasaan, malah turut dilihat mengait dengan tenang. Gabungan dua aktiviti tersebut membuatkan ramai berasa kagum dan terhibur dengan bakat uniknya.

Warganet meninggalkan komen positif serta pujian terhadap Anggrek. Ada yang menyifatkan bakatnya sebagai sesuatu yang luar biasa dan tidak dimiliki oleh kanak-kanak seusianya. Malah, ramai juga yang mengatakan Anggrek berpotensi untuk mengikut jejak langkah ibunya dalam dunia seni.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa suka mereka dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Hebatnya Anggrek boleh mengait. Suara tu sedap betul nyanyi, ada keunikan tersendiri..  Besar suaranya ni kalau di asah … Mcm suara maknye.. “

” Acik mengait pun tak lepas2 angrekkkk oiii smpi give up.. Awak mengait smbil nyanyi rileks je erk.. Power lah awak.. “

” Menyanyi biasa mengait luarbiasa terutama bagi kanak2 mcm awak.. Mantulll.. Boleh diasah lagi bakat nyanyian dia, ada bakat ni.. “

” Auntie kalau tengah mengait org lalu depan pon kena jerkah, hahaha ni siap sambil nyanyi powerlah Anggrek ni.. “

” Dia ada suara yg bole diasah lg jd lebih luarbiasa mcm Thalita jg.. Taniah dik pandainya adik nyanyi sedap .. Mengait pon pandai.. “

” Hebatnya anggerik boleh mengait. Aunty ni minat mengait tapi tak pandai2 juga mengaitnya.. Suara pun sedap sangat menyanyi lagu ibu dia.. “

” Matured nya Anggrek ni.. Kecik² dh pandai mengait.. Powernya dia menyanyi siap mengait lagi tau.. Pandaiii lah Anggrek.. “

Telatah dan bakat Anggrek mencuri hati ramai peminat. Sokongan yang diterimanya daripada orang ramai pasti akan menjadi pemangkin semangat untuk terus maju. Semoga Anggrek terus membesar sebagai seorang anak yang berbakat dan berjaya pada masa hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Huntrix

Trending

Copyright © Berita Kopak