Artis / Selebriti
” Hebat tok kadi, ikut perkembangan semasa. Tak pernah lagi tok kadi bagi ceramah macam ni.. ” – Komen Netizen
Video tok kadi yang menguruskan proses akad nikah Ina Naim bercerita tentang nafkah raih perhatian warganet. Wah memang up to date tok kadi ni. Tersenyum Ina dengar tazkirah tok kadi. Tak sangka tok kadi cakap macam tu..
Meninjau entry di akaun Tiktok Ladywatie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perkongsian dan peringatan daripada tok kadi yang menguruskan akad nikah Ina Naim semalam. Seperti biasa, selepas ijab dan qabul selesai, tok kadi pasti akan memberikan sedikit tazkirah untuk pengantin baru.
Antara yang ditekankan untuk suami ambil berat adalah berkenaan dengan nafkah. Umum mengetahui, ada 3 nafkah yang wajib suami berikan kepada isteri iaitu tempat tinggal, makan dan pakaian. Kesemua ini perlunya mengikut kemampuan suami dan isteri menerima seadanya.
Menerusi video ini, tok kadi menekankan suami wajib memberikan nafkah kepada isteri. Turut sama diperhalusi yang bukan nafkah dan mengambil contoh duit raya. Ianya tidak termasuk dalam nafkah tetapi hadiah daripada suami untuk isteri sekiranya ada lebihan.

Itu adalah sesuatu yang ramai tidak faham dan salah anggap. Isu duit raya ini timbul gara-gara kes penceraian yang tular antara sepasang selebriti sebelum ini. Ada baiknya juga kerana apabila isu itu timbul, semua pasangan suami isteri boleh mempelajari erti nafkah sebenar. Apa yang penting perlu ada tolak ansur dan saling bertimbangrasa.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ladywatie Dengar tu pesanan Tok Kadi. #CapCut #ina #inanaim #inanaimkahwin #suamiinanaim #inanaimnikah #suhaimisaad
♬ original sound – Watie Amad | Live Host – Watie Amad | Live Host
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka dan lebih 1000 komen daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Duit raya bukan nafkah. Kita pun x prnh dpt duit raya tp duit suami bagi ms raya cukup utk balik kg raya dan perbelanjaan balik kg itu pun dh cukup dan syukur.. “
” Weii Ada sebut duit raya ni…. lawak juga Tok Kadi ni…. terbaikkkk haha.. Tok Kadi betul-betul up to date.. “
” Mungkin ada yg x tahu tu, duit raya bkn nafkah ia adalah hadiah.. tak lawak tapi dalam maksudnya sebab ramai yang salah fahaman.. “
” Nampak lawak tp penting utk yg mana tak tahu kena tahu.. kena fahamkan betul betul untuk kesejahteraan rumahtangga.. “
” Sebelum ni takda lg tok kadi bg ceramah mcm ni.. lps kes artis tu. terus kadi bg ceramah pada pengantin2.. bukan perli tapi ilmu. Terbaik kadang-kadang ada yang tak faham.. “
” Hebat kadi, ikut perkembangan semasa.. ini bukan lawak dan bukan juga perli.. Pengajaran buat kita semua yang jahil tentang hukum.. “
” Tok Kadi yang mengikuti situasi semasa. Lawak lah tok kadi ni, mmg kena jelaskn betul2 bab nafkah ni. suami kena ada rasa tanggungjawab dan isteri kena ada timbangrasa.. “
Bunyi seperti lawak tetapi hakikatnya itu adalah satu ilmu yang wajib diketahui baik untuk suami mahupun isteri. Bab nafkah wajib untuk seorang suami berikan kepada isteri tetapi mengikut kemampuan suaminya. Apa-apa pun, semoga perkongsian daripada tok kadi ini memberi pengajaran baru untuk semua pembaca.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Watie Amad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

