Artis / Selebriti
” Hebat, ingat senang ke nak seimbang macam tu. Silap sikit boleh terjatuh tau.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Siti Nurhaliza sedang berlatih melompat dari bawah pentas untuk element kejutan di Konsert Legacy 30 buat ramai kagum. Oo macam tu rupanya Tokti melompat. Berapa kali training je, hasil dah gempak..
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza telah pun berlangsung dengan gayanya beberapa hari yang lalu. Kira-kira 65 ribu peminat setia Dato’ Seri Siti Nurhaliza hadir ke Stadium National Bukit Jalil untuk menyaksikan persembahan hebat daripada penyanyi nombor satu negara ini.
Salah satu moment indah yang terjadi di konsert tersebut adalah kejutan daripada DS Siti dan team. DS Siti membuat loncatan dari bawah pentas dengan mengenakan busana tradisional dan ianya sememangnya di luar jangkaan penonton.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Rozi Sang Dewi, telah dikongsikan di sebalik tabir sebelum konsert berlangsung. Kelihatan DS Siti bersungguh-sungguh berlatih untuk memastikan loncatannya itu lancar sebagaimana yang dirancangkan.

Tulis Rozi, DS Siti ‘melompat’ keluar dari zon selesa dan permintaan DS Siti untuk muncul dalam segment tradisional diawali dengan menggunakan teknologi ‘ toaster‘ berjaya direalisasikan. Hasilnya pada malam konsert, satu lompatan yang kemas dan penuh dramatik daripada biduanita negara ini. Pada usia DS Siti sekarang, ianya satu keberanian yang wajar diberi pujian.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Yang lompat ni memang goosebums gila kakzee, dengan overall look dalam baju hijau ni sangat cantik entrance ni wow gila tahniah.. “
” Bukan senang ye.. tahniah kak zee and team.. Epic performance ever.. On point terokkkkkk tokti malam tu. landing sempurna, posing sempurna. Tak nampak terkejut, tak nampak nak jatuh pun. Stabil.. “
” Hebat dan berani Tokti ni.. Dalam usia 47thn , “tabik spring” buat ctdk kerana kekuatan fizikal yg rasanya taknramai yg seusia beliau boleh lakukannya. Tahniah buat Biduanita Negara yg serbaboleh ini. Semoga terus sihat sejahtera hendaknya jua… Aamiin.. “
” Hebat2 ingat senang nak seimbang tu .silap sikit terjatuh tau.sukaa sbb selalu buat lain dri lain .tahniah siti n team.. time konsert paling perfect.. “
” Omggg 2 kali je percubaan, execution terus perfect malam tu.. ctdk tahniah kak iti & team.. Kemas betul final tu dgn gayanya memang Ratu Konsert.. “
” Hebatnya Biduanita kamiiii .. Dan hasilnyaaa malam konsert tu perfect.. Nmpk muka kak ctdk lega dpt landing dgn perfect.. “
” Ye.. yg ni jadi contohh.. walaupun popular tapi tetap tak duduk dlm zon selesa.. smp ke soott ade suprise.. caya laa Tokti.. “
Tidak mudah tetapi DS Siti tetap berusaha melakukan yang terbaik untuk para peminat yang sanggup berhabis untuk hadir ke konsert Legacy tersebut. DS Siti selayaknya digelar biduanita kerana kehebatan dan komitmennya itu. Semoga Dato’ Seri Siti Nurhaliza terus success.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozi Sangdewi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

