Artis / Selebriti
” Hebat betul Wira. Amalan apa orang tuanya biasakan untuk anak bertuah ni minat dan mudah menghafal.. ” – Komen Netizen
Video Anak Betty Rahmad, Ardy Wira bagi contoh bacaan surah yang ada Qalqalah Sughra raih pujian ramai. Hebatnya Wira, baru usia 5 tahun dah pandai jelaskan hukum bacaan Qalqalah..
Bagi yang mengikuti pelakon dan usahawan sambal, Betty Rahmad di akaun Instagram, pasti mengetahui yang sejak dahulu, Betty sering berkongsi aktiviti harian anak lelakinya yang bernama Ardy Wira. Antara yang menarik perhatian adalah video Wira suka menghafaz surah.
Terbaru, Betty ada memuatnaik video memaparkan Wira memberikan contoh bacaan surah yang mempunyai Qalqalah Sughra. Di ruangan kapsyen, Betty menceritakan yang dia tidak menyangka Wira sudah pandai mencari contoh surah meskipun ustazah yang mengajar mereka tidak menyuruh Wira mencarinya.
Perkongsian video itu telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang kagum mendengar bacaan dan penjelasan daripada Wira mengenai hukum bacaan Qalqalah Sughra. Bahkan, warganet menyifatkan Wira seorang yang anak yang cepat belajar dan terang hatinya.

Sementara itu, ada juga bertanyakan amalan apakah yang sering diamalkan oleh Betty dan suaminya untuk perkembangan minda Wira sehingga menjadi seorang yang bijak mendalami ilmu dengan usianya yang baru sahaja 5 tahun. Sehingga kini, video Wira ini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai kata pujian diberikan oleh warganet kepada Wira. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Acik dapat ilmu dari Ustaz Wira, terima kasih. Hebat betul anak Betty ni.. Amalan ape kedua ibubapa ini biasakn utk anak bertuah ni minat n mudah mnghafal serta mngajarknnya.. “
” Alhamdulillah Ustaz Wira rezeki kurniaan Allah buat Betty sekeluarga semuga Wira menjadi anak yg soleh tahniah Betty suami isteri berjaya mendidik Wira.. “
” Terima kasih ustaz Wira.. Qolqolah perlu lantunan lembut.. Qolqolah qubro di akhir ayat atau waqaf ada sabdu.. Bijak sungguh ustaz Wira.. Aamiin.. InsyaAllah.. “
” Wira, sedari awak kecil aunty saksikan mommy daddy didik awak dgn cukup bagus sekali. Aunty harap awk dh besar jaga mommy daddy baik2, jadi anak yg soleh ye.. “
” Masyaallah tabarakallah.. Wira masuk tahfiz dari kecil ni bagus sgt, hati nya terang. Faham apa yang diajarkan sampai boleh terangkan semula dan beri contoh ikot pemahaman dia.. “
” MasyaAllah pandainya dia… Nanny doakan wira jadi anak yg soleh, pemimpin islam yg disegani ya Wira.. Amin2.. “
” MashaAllah Allahuakbar cerdiknya smg adik menjadi anak yang soleh cerdik pandai menghormati antara satu sama yg lain aamiinn YRA.. “
” Anak Betty ke ni… MasyaAllah terang sungguh hatinya.. Bijak dan petah.. Menjadi anak yg soleh berbakti buat kedua ibubapa keluarga dan ummah… In Shaa Allah Aamiin.. “
Ramai yang kagum melihat Wira. Meskipun masih kecil sudah pandai berkongsi ilmu kepada orang lain. Siap ada yang berterima kasih kepada Wira atas perkongsian ilmu tersebut kerana mereka baru faham mengenai hukum bacaan Qalqalah Sughra.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


