Artis / Selebriti
” Hati mommy akan hancur bila kamu dalam kesedihan.. ” – Rita Rudaini

Luahan Hati Rita Rudaini Untuk Anak-Anaknya, Airit Rayyan Rizqin Dan Airit Qaqa Arjuna Buat Ramai Tersentuh. Sedih Ayat-Ayat Rita, Perasaan Yang Tak Pernah Diceritakan Kepada Rayyan Dan Qaqa. Sebak Sungguh !!
Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu tunggal dan banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Seorang wanita akan menjadi sekuat-kuat manusia apabila berjuang dalam kehidupan untuk anak-anaknya. Begitu juga lah yang dialami oleh pelakon cantik, Rita Rudaini.
Beberapa hari ini, banyak berita gembira yang dikhabarkan oleh Rita berkenaan 2 orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Kejayaan yang dikecapi oleh anak-anak Rita bukan sahaja dalam bidang akademi tetapi juga dalam sukan yang membuka mata ramai orang hebatnya anak-anak Rita ini.
Meninjau entry terbaru Rita di akaun Instagramnya, telah dikogsikan satu video yang memaparkan kenangan bersama Rayyan dan Qaqa dari mereka kecil sehingga lah sekarang. Rita turut menulis satu coretan mengenai perasaannya yang menyentuh hati semua pembaca.
Banyak yang tidak pernah diceritakan oleh Rita kepada anak-anaknya tentang kerisauan dan rasa bersalahnya terhadap Rayyan dan Qaqa. Segala yang dilakukan oleh Rita semuanya demi kebaikan Rayyan dan Qaqa dan harapannya agar dia dapat melakukan yang terbaik sebagai ibu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Rita itu sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amazing mother, strong women.. love her long time Rita Rudaini.. adore dan salute sangat pada Rita.. dia lah bapa, dia lah juga ibu.. ”
” Sedihnya. tak pa adik ita perancangan Allah tu sgt indah. ka sgt kuat semoga rayan dan adik selalu didlm rahmat dan kasih syg Allah amin.. ”
” I really respect u.. U strong independent woman able to handle your problems n solved it alone. May Allah always grant you endless blessings.. ”
” Idola ibu tunggal, adui apasal saya nangis baca ayat Rita ni. kalau saya dok tmpt kak rita saya x kuat mcm kak rita.. kt rita kuat.. ”
” Hebattt momyyy.. atas didikan mu.. biarpun tnpa seorang ayah… Anak2 tetap berjaya alhamdulillah.. Skrg puas hati bersyukur kan sis. Anak membesar elok. Berjaya. Tahniah ye sis.. ”
” Menangis baca.. Org mcm Rita ni lah yg patut jd cth utk any award utk wanita.. sbb dah bertahun2 dia berjuang sorg2.. mcm2 issue dia kena hadap sorg2 tp dia maintain jaga betul2 anak dia.. berjaya plak tu.. ”
” Aku kagum sungguh dengan manusia yg nama @ritrud727 ni dari dulu ceria pasal dia semua tak ada yang sedap didengar.padahal dia bukan buat salah apa pon.Tapi see Allah SWT tunjuk satu2 bila anak2 dia dah besar dia berjaya didik anak dia sorang² tanpa bantuan atau pon belas kasihan dari sesapa.Tahniah sis.. ”
Tidak semua wanita boleh sekuat dan sekental Rita tetapi semua ibu tunggal boleh menjadikan Rita sebagai inspirasi dalam menghadapi dugaan hidup. Semoga kedua-dua anak Rita ini akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh buat mummy mereka ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura