Connect with us

Artis / Selebriti

” Hasil didikan ayah ibu yang hebat. Tengok lah cara dia, penuh dengan adab dan kasih sayang layan ibunya.. ” – Komen Netizen

Video Hadie sedang membetulkan kain skirt ibunya, Ina Naim dalam rancangan Talk To My Manager raih pujian warganet. Tersentuh tengok cara Hadie menyantuni ibunya, untung lah siapa yang dapat Hadie..

Anak sulung Ina Naim, Hadie sering menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi Hadie kini menjadi salah seorang peserta dalam rancangan Talk To My Manager. Setiap minggu, ramai yang akan menantikan persembahan daripada Hadie kerana Hadie memiliki suara yang merdu dan lunak.

Meninjau di akaun TikTok milik teetok817, telah dikongsikan video yang memaparkan Hadie bersama Ina. Menerusi video itu, kelihatan Hadie sedang membetulkan kain skirt yang dipakai ibunya ketika rancangan Talk To My Manager beberapa hari lalu.

Komen warganet, cara Hadie menyantuni ibunya itu sudah cukup menggambarkan Hadie seorang anak yang penuh dengan adab dan kasih sayang. Usik warganet, untung sesiapa nanti yang akan bergelar isteri Hadie kerana Hadie ada ciri-ciri seorang suami yang penyayang.

Selain itu, warganet juga turut memuji arwah ayah Hadie, Suhaimi Saad yang telah mendidik semua anak-anaknya dengan baik sekali. Sehingga kini, video Hadie itu menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah ini :

@teetok817

#vivoV60 #ZEISSPortraitSoPro #AstroRia #talktomymanagermy

♬ original sound – BudakTerengganu – BudakTerengganu

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kalau ibunya pun dilayan macam ni rupa, memang Hardie ada ciri-ciri suami yang penyayang. Patut lah ramai yang berkenan.. “

” Ajaran arwah ayahnya menjadikan anak2 yg soleh Dan solehah.. Sejuk tengok baik budi anak2 arwa SS dan Ina Naim.. “

” Hadie ni bagus adab dia.. Walaupun juri hurmmm… Best macam ni pun dapat no 5.. Pelik pula aku fikir.. Its ok Hadie, awak juara di mata kita semua.. “

” Baiknya hadi layan ibu mcm bidadari terbaik arwah ss didik anak2 dn isteri.. Mesti hbs program ni Hadie meletop auranya.. “

” Ilmu agama bagus, baik, santuni ibu, kekalkan ciri2 ni Hadie walau dah terkenal dan dugaan pun seiring.. Support Hadie. Buat persembahan terbaik masa final.. “

” Bertuah sapa dpt hadie. Bukan senang nak didik anak lelaki zaman sekarang yg penuh cabaran ni. Bagus ina & arwah suhaimi.. “

” Hasil didikan ayah ibu yg hebat… Penuh kasih syg.. Tgk lah cara dia penuh dgn adab dgn ibu dia.. Good luck Hadie untuk final nanti.. “

Sejuk perut ibu mengandung melihat cara Hadie melayan ibunya itu. Ini membuktikan Hadie seorang anak yang sangat menyayangi dan sangat menghormati ibunya. Apa-apa pun, semoga Hadie terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi serta terus menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok teetok817

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Glad2Glow 2 In 1

Trending

Copyright © Berita Kopak