Artis / Selebriti
” Hari ni saya minta Ustaz mengajar Sky cara sembahyang dengan betul.. ” – Ridzokumura

Disebabkan ada yang menegur cara Sky solat sebelum ini, Ridzokumura minta bantuan seorang Ustaz untuk mengajar Sky solat dengan betul. Bagus Ridz, ambil peduli teguran orang dan tak ada nak melenting. Ini cara didikan anak yang baik..
Ridzokumura, seorang personaliti media sosial dan pengusaha salon terkenal, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi cara didikan agama buat anaknya, Sky Taizo. Ridz mengambil seorang ustaz peribadi untuk membimbing anak lelakinya, Sky, dalam pembelajaran solat.
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang memuji keprihatinan Ridz dalam mendidik anaknya ke arah ilmu agama sejak usia muda. Ini kerana ada yang menegur cara solat Sky menerusi perkongsian Ridz sebelum ini.
Pastinya keputusan ini lahir daripada rasa tanggungjawab sebagai seorang ayah yang mahu memastikan Sky membesar dengan asas agama yang kukuh. Perkongsian video pendek yang memaparkan sesi pembelajaran Sky di akaun media sosial Ridz mendapat perhatian warganet yang terinspirasi dengan usaha tersebut.
Sky juga merupakan seorang anak yang baik dan nampak sangat bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu agama. Langkah Ridzokumura ini menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain dalam mendidik anak-anak mencintai agama sejak kecil.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai memuji cara didikan agama yang diberikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Alhamdulillah… didikan yg terbaik. Sbb kita nk berkumpul dg org yg kita sayang di syurga maka kita perlu persiapkan diri dekat dg Allah SWT… “
” Alhamdulillah. Terbaik la Abang Ridz, sentiasa tak melatah dengan teguran netizen, nati kasi sky peluang jadi Iman utk kasi dia confidence dan latihan.. “
” Alhamdulillah,Sky masih blh belajar lg ,lama2 dia blh dh ikut cara yg tertib.. you dah jalankan tanggungjawab you dgn baik. Semoga sky menjadi anak yg soleh.. “
” Alhamdulillah..sky nk jd ank yg soleh..yg selalu doakan utk mak dan ayahnya.. bagus sky.. Nampak tak setiap apa yg Allah uji tu ada hikmah di sebaliknya.. “
” Alhmdllahh.. abg seorg ayah yg bertggjwap.semoga sky istiqomah bljar agama.. Bagusnya terima teguran dgn baik perbaiki mana yg salah mencari ilmu agama moga Allah rahmati ridzokumura skluarga.. “
” Alhamdullilah… Doa anak yang soleh akan tolong ibu bapa di sana….Insya Allah. Semoga Sky mnjadi Imam yg terbaik suatu hari nanti….Aamiin.. “
” Subhanallah Alhamdullilah Allahuakbar .. ni yg sy suka tgk sgt.. moga sky menjadi anak yang soleh.. aamiin.. aamiin. .aamiin.. “
Di zaman serba moden ini, usaha menanamkan nilai spiritual dalam kehidupan anak-anak merupakan satu pelaburan jangka panjang yang amat berharga. Semoga Sky Taizo membesar menjadi seorang anak yang soleh dan kuat ilmu agamanya. InshaAllah..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti8 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra