Artis / Selebriti
” Hari-hari tanya, awak bila nak kahwin, bila nak kahwin.. ” – Amirul
Video Amirul kantoikan Ain Edruce asyik bertanya bila nak kahwin setiap hari selepas 3 bulan kenal buat ramai terhibur. Adui, lawak lah Mirul pecah rahsia. Berdekah Zain Saidin gelak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik tooprettytohandle, telah dikongsikan video podcast yang memaparkan pelakon Ain Edruse dan suaminya, Amirul menjadi tetamu jemputan dan pengacara rancangan tersebut adalah suami Rozita Che Wan, Zain Saidin.
Menerusi video pertama, Ain berkongsi detik perkenalan bersama Amirul. Kata Ain, dia menerima mesej daripada Amirul memuji anting-anting yang dipakainya kelihatan cantik. Seloroh Ain, dia cuba melihat profile Amirul, namun tidak dapat melihat dengan jelas wajah Amirul gara-gara akaun Amirul private.
Selain itu, Amirul turut berkongsi selepas mengenali Ain 3 bulan, Ain asyik bertanya bila mereka mahu berkahwin dan ‘dipaksa’ hari-hari untuk berkahwin. Mendengar pengakuan Amirul mengenai sikap Ain itu, Zain juga berdekah ketawa.

Amirul juga berkongsi cerita ketika dia mengalami sebuah kemalangan dan telah dimasukkan ke hospital, Ain telah menjaganya di sana. Perkongsian video-video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa terhibur menonton temubual Amirul itu.
Tonton video di bawah ini :
@tooprettytohandle_ @ain.edruce suka anting2 pelik membuat Amirul terdetik untuk dm…#TooPrettyToHandle #PodcastMalaysia #EstikaMedispa
♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle
@tooprettytohandle_ baru 3 bulan kenal, hari2 @ain.edruce ajak Amirul kawen. #TooPrettyToHandle #PodcastMalaysia #EstikaMedispa #ainedruce
♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur mendengar cerita yang dikongsikan oleh Amirul serta Ain. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Happy tgk Mirul byk cakap.. Kalau takk, haha.. Normal ja mirul ni sebenaqnya, HAHAHHAHA banyak cakap gak ye orgnya hehehe.. “
” Pasangan ni saling melengkapi.suasana rumah tak kan sunyi. Klu anak ramai mesti riuh rendah.semoga kekal bahagia selalu.. “
” 1st time tengok Amirul borak panjang.. Kelakar weh bila dia cakap hari2 ditanya bila nak kahwin, paksa hari2 kahwin.. “
” Ain kita sma, hehehe tiap kli jmpa I akn tnya BF dpn mak i sbb kami klua tak pnh b’2 .. Klau mak tak teman abg yg akn tmankn. kita ni nk klua b’2 je so kna slu tnya bila nk jmpa Abah.. Bila nk kawen, haha.. “
” Lawak lahh dedua, macam ni harmoni ooo rumah tangga.. Bahagia tengok korang berdua.. Moga till jannah, amin.. “
” Takde niat pun niat tu dtg sendiri, hahaha aku rasa Mirul kawin pun sbb pressure ain tanya hari2 hahahahaha.. “
” Takde Niat.. “Tp Niat Tuh Dtg Sendri” hahahaha berdekah aku dengar jawapan jujur dan tulus daripada Mirul.. “
Part Amirul ‘pecah rahsia’ Ain yang ajak kahwin dahulu mencuti hati ramai. Lagi-lagi part Amirul berkata pada awalnya tiada niat berkahwin tapi niat itu datang sendiri, jujur betul jawapan Amirul. Apa-apa pun, Ain dan Amirul dilihat antara pasangan suami isteri yang serasi bersama. Semoga rumahtangga pasangan ini akan terus kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok tooprettytohandle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

