Connect with us

Artis / Selebriti

” Happynya Unuk nampak ayah dia, rindu betul dia dengan ayah.. ” – Netizen

Video Cikgu-Cikgu Amir Membuat Surprise Menemukan Amir Dengan Ibu Dan Ayahnya Buat Ramai Sebak. Tanpa Kata, Reaksi Amir Cukup Menggambarkan Betap Amir Rindu Pada Apak Dan Amek. Alahai Sedihnya !!

Menerusi akaun Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir bersama cikgu-cikgu dan Akim menempuh perjalanan untuk keluar dari rimba. Bukan mudah perjalanannya, namun sesukar mana pun hati anak kecil ini tetap kental mengharungi kehidupan.

Umum mengetahui, Amir tinggal di asrama sejak kecil lagi kerana faktor rumah yang terlalu jauh dengan sekolah. Itu lah pengorbanan Amir demi sebuah ilmu dan terpaksa berpisah dengan ibu dan bapanya yang dipanggil Amek dan Apak. Amir beruntung kerana mempunyai guru yang prihatin dan rela berkorban demi kejayaan Amir.

Tanpa Amir tahu, satu kejutan telah pun dirancang untuk menemukan Amir bersama Amek dan Apaknya. Teruja dan tersenyum lebar Amir ketika melihat wajah ayahnya muncul di muka pintu. Hampir melompat Amir dan terus bersalam serta memeluk apaknya itu.

Erat pelukan Amir membuatkan hati warganet yang melihatnya turut sebak. Amir juga segera berjumpa Amek dan memel0k ibunya itu. Tersentuh hati warganet melihat suasana sebegini. Amek dan Apak Amir juga rindukan anak mereka ini.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@termoj.production6

Adat dalam hidup ada tika susah dan senang,inshaa allah dengan usaha dan tawakal kami akan jalan terus.#termojproduction #diaridaripedalaman #berandafypシ #fypシ #amirworld #amirsisi

♬ Cinta Sampai Mati – Kangen Band

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kerana mu cikgu, anak anak polos ni dapat kenal dunia luar. terima kasih utk semuanya cikgu.. respect sangat dengan cikgu-cikgu yang kental.. cikgu yg sgt prihatin.. ”

” Moga kamu terus berjaya.. kerana kamu 1 malaysia buka mata utk kaum org asli.. moga terus berjaya & da berjaya nanti jgn lupe di mana kamu bermula.. ”

” Tengok berkali -kali x sedaq jatuh ayaq mata .. semoga murah rezeki amir selalu, moga dipermudahkan segala urusan harian amir dan guru² di sana.. ”

” Automatik trkluar air mata tgk smpai hbis.. Pakai bawang ni? holland, bombay atau bawang kecik ni? pedih sungguh mata ni. Amek apak Amir , alahai banj1r tengok amir pel0k drg.. ”

” Happy unuk dapat jumpa orang tuanya.. semoga dipermudah segala urusan cikgu2.. ALLAH hadir kan cikgu² yg baik dan org² yg baik di sekeliling amir.. ”

” Aduh scene last tu.. dr kecik lagi amir dh stay asrama tinggal berasingan dgn family.dh rasa stay asrama tp part nak blik kmpg konfirm excited nak blik.. ”

” Mana ada nang1s..banj1r je huhu,.. Happy nya unuk nampak ayah dia, rindu betul dia dengan ayah dia tu. rindu anak pada ibu ayah..”

” Part pel0k parents tue yg buat aku sed1h.. tgk amir lompat2 jmp apak.. Allah sebaknye pnjg snyuman dia jmp amek plk salam cium tgn.. Allahuakbar.. ”

Siapa yang tidak menangis menonton sehingga ke akhir video memang kental hatinya. Cikgu yang prihatin dan tahu kerinduan Amir pada kedua ibu bapanya. Semoga segala usaha cikgu-cikgu Amir ini akan dibalas dengan seribu kebaikan oleh Allah. Amir buat kami ‘banj1r’ dengan air mata lagi hari ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Termoj Production

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT