Artis / Selebriti
” Happy birthday to my princess Nazharah Afroza.. ” – Anne Ngasri
Video sambutan ulangtahun kelahiran anak Datin Anne Ngasri, Nazharah Afroza dan adiknya, Baby Ngasri. Wah dah besar anak dara anak Anne, cantik manis sama macam mamanya juga. Bekas suami Anne, Wafi pun ada raikan bersama-sama juga..
Bagi yang mengikuti perkembangan Datin Anne Ngasri, pastinya megetahui yang Anne pernah mendirikan rumahtangga bersama Abdul Wafi dan dikurniakan dengan 3 orang cahayamata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza. Sekali pun sudah berpisah, mereka tetap berhubungan baik.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Anne Ngasri dan Wafi81, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Anne bersama keluarga besarnya menyambut hari lahir anak perempuan Anne, Nazharah dan adik Anne, Nassuhada Ngasri (Baby).
Ianya diadakan di rumah Anne dalam suasana yang cukup simple tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga. Nazharah yang mesra dengan panggilan Zara ini menyambut ulangtahunnya yang ke 15 tahun. Suasana yang harmoni dapat dirasai menerusi video yang dimuatnaik itu.

Anne juga turut mencoretkan ucapannya khas untuk Zara di ruangan kapsyen. Tulis Anne, dia bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, Anne dapat menjaga dan membesarkan Zara sehingga sekarang. Harapan Anne sama seperti ibu lain agar anaknya ini menjadi anak yang solehah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian bekas suami Anne, Abdul Wafi di akaun media sosial miliknya :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Syukur Alhamdulillahirobbil’aalamiin.. watching u grow up so gracefully. happy bday anakku.. “
” Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran buat Zara Afroza, semoga sihat walafiat serta berjaya dlm hidupmu.. “
” Selamat ulangtahun kelahiran buat zara. Tahniah buat mama juga. Besar dah puterinya.. cantik macam mama.. “
” Happy birthday dear pretty Zara. May Allah always protect you.. aamiin.. semoga berbahagia selalu zara dan tercapai semua impian Zara.. “
Seronok melihat keluarga besar Anne berkumpul meraikan Zara. Tidak hanya disambut bersama keluarga tetapi bekas suami Anne, Wafi juga ada bersama-sama. Kemesraan dan keakraban serta hubungan baik yang terjalin antara Wafi dan Anne wajar dijadikan contoh untuk pasangan yang berpisah.

Aura positif yang ada dalam keluarga Anne ini menyenangkan sesiapa sahaja yang melihat mereka. Ada ibu bapa yang baik dan penyayang satu rezeki untuk Zara. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir untuk Zara dan semoga Zara berjaya dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri, IG Wafi81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

