Artis / Selebriti
” Hantar la mak ke rumah orang tua. Mak tak nak susahkan kau.. ” – Mak Azhan Rani
Ibu minta hantar ke rumah orang tua, perkongsian Azhan Rani menyentuh hati ramai. Namun respon Azhan tak disangka-sangka. Alamak baru nak sedih, berdekah-dekah dibuatnya, hehe..
Semenjak pemergian ayahnya, Abdul Rani Sabri beberapa tahun yang lalu, Azhan mengambil tanggungjawab untuk menjaga ibunya, Salmah Budin. Malah aktor hebat ini juga lebih memikirkan untuk memberi perhatian penuh kepada ibunya berbanding memikirkan hal berumahtangga.
Azhan yang masih lagi membujang sehingga kini sudah pun berusia lewat 40an. Bagi yang mengikuti Azhan pastinya mrngetahui betapa hebatnya layanan Azhan terhadap ibunya itu. Azhan selalu membawa ibunya itu makan angin dalam negara untuk memberikan kegembiraan terhadap lubuk syurganya itu.
Meninjau entry terbaru Azhan di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu posting yang memaparkan Azhan bercerita mengenai perbualannya bersama ibu. Rasa bersalah dan tidak mahu menyusahkan Azhan, ibu Azhan meminta agar Azhan menghantarnya ke rumah orang-orang tua.

Jawapan yang Azhan berikan kepada ibunya itu membuatkan ibu Azhan terdiam dan blur seketika. Jawapan yang tak siapa jangka Azhan akan menjawabnya begitu. Beruntung ibu Azhan ada anak sebaik dan penyayang seperti Azhan ini. Sejuk perut ibu mengandung ada anak soleh sebegini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Uish Makkkkk sempoiii nak ikut pergi Genting haha.. Awwww mak abg an comel, mana leh duduk rumah org tua hehe.. “
” Cutela bang… Alhamdulilah moga dipermudahkan utk abg. Moga diberi ganjaran dan pahala yg besar buat abg. Aaminnn Ya Allah .. “
” Buat anak2 yg berbakti kpd kedua org tuanya, ganjaran syurga tertinggi selayaknya buat mereka.. aamiinnn.. “
” Jom lepak genting.. nice family.. Semoga mak kita semua sentiasa mendapat layanan Dan jagaan yg terbaik dri anak²nya. Aaminn.. “
” Pandai anak mak jawab tanpa mengguris hati mak.. terima kasih anak mak.. ni bujang baik sesangat ngn maknya.. moga sehat² berdua beranak ni.. “
” Semoga Allah angkat martabat abang ke maqam tertinggi masuk syurga sama2 dengan mak tercinta nanti.. “
” Sweetnya anak mak ni.. comel mak, semoga mak sihat dipanjangkan umur biar anak mak berbakti pada mak ye.. “
Tak tahu nak sedih atau nak gelak dengan respon Azhan. Sempat lagi Azhan membuat lawak dan bergurau dengan ibunya. Sama-sama kita mendoakan semoga ibu Azhan dikurniakan kesihatan yang baik selalu. Terima kasih Azhan kerana menjadi contoh kepada orang lain untuk selalu berbakti kepada seorang ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azhan Rani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

