Artis / Selebriti
” Halwa telinga paling mendamaikan.. ” – Netizen
Datuk Ziela Jalil Kongsi Video Cucunya, Tun Alayna Zeeya Membaca Selawat Ya Syaikhona. Pandainya Alayna, Dah Hafal Doa Untuk Guru Ni. Bagus Alayna !!
5 hari yang lalu, Datuk Ziela Jalil ada berkongsikan khabar gembira dan gambar-gambar anaknya, Dr Julia serta menantu dan cucunya, Tun Alayna Zeeya. Bakal menimang cucu kedua tidak lama lagi, Dr Julia kini sedang sar4t hamil.
Meninjau entry terbaru Datuk Ziela Jalil, telah dimuatnaik satu video yang memperlihatkan Alayna membaca doa untuk guru iaitu selawat Ya Syaikhona. Alayna yang sudahpun berusia 2 tahun ini juga petah orangnya walaupun pada awalnya agak pemalu.
Mengalunkan selawat tersebut, terdengar suara Alayna yang begitu comel. Walaupun ada sebutan yang sedikit pelat, namun Alayna sudah menghafal beberapa baris ayat. Ini sudah cukup bagus untuk anak kecil seperti Alayna.

Datuk Ziela turut menulis maksud di sebalik selawat ini yang berbunyi ‘ Selamat jalan semoga dalam keselamatan wahai guruku, Ya Allah Tuhanku rahmatilah pendidik jiwa kami tuhanku ‘ . Selawat yang indah dan tuan yang mengalunkannya juga comel sekali.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Alayna membaca doa guru ini telahpun ditonton lebih 16 ribu tontonan sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen peminat :
” Masya Allah tabarakallah AllahuAkbar pandainya Alayna comel. Cute je baca selawat ni, sejuk perut mamanya mengandung.. “
” Pandai kakak Alayna, nanti boleh lah ajar pada adik baby. Beruntung Julia dan Faqhran juga nenda. Anak-anak cucu adalah lambang dari keluarga yang baik baik alhamdulillah.. “
” Pandainya cucu nenda ni, dah hafal dia walaupun sikit. Seronok kita yang mendengar alunan si kecik ni. Halwa telinga paling mendamaikan.. “
” Alhamdulillah, bijaknya cucu nenda ni Tun Alayna. Makin pandai Alayna, semoga selalu dalam lindungan Allah.. “
” Wah pandainya Alayna, dahla muka tu comel je. Alhamdulillah, dah hafal dia. Cute je memuji Ilahi dan doakan guru tu.. “
” Pandainya Alayna, melentur buluh biar dari rebungnya kan. Insya Allah jadi anak dan cucu yang solehah.. “
” Sukanya dengar alunan suara Alayna ni, kecik kecik dah pandai. Alhamdulillah, teruskan bersifat pengasih macam ni Alayna.. “

Sejuk hati melihat anak kecil seperti Alayna berzikir, boleh jadi terapi untuk menenangkan jiwa. Semoga Alayna sentiasa membesar dengan sihat, menjadi muslimah sejati dan anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ziela Jalil
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

