Connect with us

Artis / Selebriti

” Halah halah bersemut. BASS ni kan, saja buat kita kena penyakit sengih sorang lah.. ” – Komen Netizen

Video teaser iklan Adabi Semanis Selemak BASS, lakonan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq buat peminat teruja. Alahai sweet sangat ni, bukan main lagi YB minta disuapkan ye. Pandangan mata tu, penuh cinta lah YB.. 

Pasangan meletop dan sensasi, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq (BASS) masih lagi mengungguli pasangan selebriti lain dalam negara. Selepas Primavalet dan beberapa produk lain mengambil mereka sebagai duta, kini giliran syarikat gergasi, Adabi pula berkolaborasi bersama Bella dan YB Saddiq.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Eiyka dan Instagram Adabi Consumer, telah dimuatnaik satu video teaser yang memaparkan iklan kicap Adabi lakonan Bella dan YB Saddiq. Iklannya nampak simple sahaja, namun penyampaian oleh Bella dan YB Saddiq membuatkan ianya kelihatan menarik.

Tak semua orang akan menonton iklan sehingga akhir, namun kerana BASS ramai yang menontonnya dengan penuh senyuman. Ayat sweet yang dilontarkan oleh YB Saddiq menerusi video ini mengundang senyuman pencinta BASS. Lakonan yang santai dan tidak seperti sedang berlakon kerana adanya chemistry antara mereka berdua.

Warganet juga tumpang bahagia melihat kebahagiaan Bella. Pandangan mata YB Saddiq terhadap Bella tetap sama seperti sebelum ini. Memetik komen warganet, Didi Astillah pernah memberitahu bahawa, sekiranya YB Saddiq ada bersama Bella, pandangannya memang akan tertumpu kepada Bella sahaja.

Jom tonton video di bawah :

@sitieiyka90

Halah2 manisnya 😩😍 #bellaastillah #syedsaddiq #bass #kicapadabi

♬ Cerita Kita – Ecoutez

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

”  Ya Allah aku ni dah gile ke ape? Tak pernah pernah ye aku follow brand brand kicap ke ape ke, tapi sebab aku bass aku nak follow sbb aku xnk tertinggal vitamin aku tamak vitamin ni.. “

” Amboi moment cedok ayam pn jadi indah ni.. padahai iklan kicap ja ni.. tp hati berasa bbunga2 tgok depa dua ni.. “

” Selemak semanis BASS pulak. Kita mmg pengguna setia kicap adabi dari dulu. please buat rancangn masak2 menu berbuka bella masak2 dgn yb. Host kepom dgn bell ngasri. Mesti meletop kebabommm.. “

” X pernah2 aku follow brand masak kan ni.. Kali ni follow adabi la.. halah halah bersemut.. bass ni kan… saja buat kita kna penyakit sengeh sorg2 la.. “

” Sweet sedunia.. serasi Dan bahagia bila bersama…cinta BASS yg sweet kita yg tersenyum.. terasa bahagianya tu sampai ke sini.. “

” Alhamdulillah.. rezeki Yb, Bella & orang2 Muar.. Semoga lebih banyak lagi rezeki mereka masuk seperti air zam zam yang sentiasa mengalir. Aamiin Ya Rabbal Alamin.. “

” Haish melting tengok, penuh kasih sayang pandangan YB pada Bella tu.. Betul apa Didi kata. Klu ada Bella, YB akan hanya pandang Bella sahaja. Mata YB penuh dgn bunga2 cinta.. ”

” Aduh..best nya.. so sweet BASS.. pandangan mata YB ke Bella.. memang cair dan blushing dibuatnya.. BASS forever.. “

Iklan kicap yang paling sweet dan Adabi mengambil langkah bijak dengan mengambil BASS sebagai duta produk mereka. Ramai lah yang memborong kicap Adabi gara-gara melihat aksi sweet Bella dan YB Saddiq ini. Apa-apa pun, semoga Bella dan YB Saddiq dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Siti Eiyka, Tiktok Scha..a, IG Adabi    

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak