Connect with us

Artis / Selebriti

” Haishhh blushing teruk ni. Content bawak sekali dengan jiwa.. ” – Komen Netizen

Video Fazura dan Que Haidar remake scene Selamat Pagi Cinta buat peminat teruja. Amboi dialog Que kali ni, memang win sangat. Blushing Fazura dibuatnya, so sweet..

Nama Fazura dan Que Haidar antara duta Jakel untuk kempen raya 2026 yang menjadi sebutan ramai. Mungkin kerana kedua-duanya masih single dan pernah berlakon bersama membuatkan warganet mula kenen-kenenkan dua selebriti ini.

Ditambah pula dengan content Jakel yang sweet, lagi membuatkan warganet tidak keruan melihat gelagat Que dan Fazura. Menerusi perkongsian di akaun Instagram The_Haidar, telah dikongsikan satu video terbaru pasangan ini untuk Jakel. Fazura dan Que melakonkan kembali babak dalam filem Selamat Pagi Cinta.

Filem romantik ini ditayangkan sekitar tahun 2008 yang lalu dan selepas 17 tahun, remake Selamat Pagi Cinta versi QueFaz mencuit hati ramai. Kedua-duanya memang menjiwai watak dengan cukup baik. Dialog yang Que lontarkan kepada Fazura berbunyi ‘ pergi ke hati saya ‘ membuatkan ramai yang senyum sendiri.

Fazura sendiri tidak dapat menahan ketawanya dan berlari pergi meninggalkan Que. Semakin berbunga-bunga hati peminat QueFaz walaupun mengetahui ini hanya lah sekadar lakonan semata-mata yang penting dapat melihat Que dan Fazura gembira bekerjasama bersama-sama.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Eleh dah terang lagi bersuluh.. dah tentu boleh nampak jalan.. saje saje la tu.. shy shy cat lah pulak.. aku sepak dua dua ni kang, geram lah dah sengih sorang.. “

” Content bawak sekali dengan jiwa ni hahahahhahaha.. elehhhh takyah buat2 tak nampak elehhh.. hahahah karang dua orang ni.. Amboi amboi. Dulu scene Selamat pagi Cinta, sekarang Selamat Datang Cinta.. “

” Yang ikut senyum sekali, sini kumpul sini.. Kami nak sequel selamat pagi cintahhh.. ehhhh hashtag dah ada balik laaa.. okayy.. “

” Aaaa scene Selamat pagi Cinta. Kali ni kasi jadi lah jangan lepaskan lagi QuelaFaz.. Sampai keluar boleh dgr dengup jantung tu ye haha.. “

” Dia remake selamat pagi cinta la pulekkkk… mcm ade sequel je nnt ni… Boleh kena kencing manis tau.. asyik main kejar kejar je 2 orang nih.. kemain eh.. ”

” So sweet, melampau ye kome sekarang.. Nyamaaa tgk mummy ni,gerammm lh kita tgk ny.. biasaaa diaaa haha.. Haishhh blushing terok ni.. Apa niiii… main jiwa kiter je lah… bencik arrrrr…. apa ni.. apa kah… apa tuuuuu.. “

” Aaaaa selamat pagi cinta recreate scene bertembung. Kalini awak takleh gi mana2 dah.. Ape nihhhhhh, bertubi2 bagi. Yang sampin haritu pun tak habis blushing lagi tau.. “

Banyk juga content Jakel yang sweet diberikan kepada warganet. Babak Fazura betulkan sampin Que pun warganet belum move on, kali ini Que minta Fazura pergi ke hatinya pula. Apa-apa pun, semoga Fazura dan Que gembira selalu dan dikurniakan kebahagiaan dalam hidup mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  The Haidars 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Pore Clay Stick

Trending

Copyright © Berita Kopak