Connect with us

Artis / Selebriti

” Haishh berbunga hati ni, aku pulak yang blushing.. ” – Komen Netizen

Video Fazura menemani Que Haidar di malam gala tayangan perdana filem Malaikat Malam buat peminat teruja. Wah sweetnya, Abang Jamil betul-betul jaga Jamilahnya. Meltingnya tengok.. 

Bertemu kembali setelah bertahun-tahun, hubungan Que Haidar dan Fazura terus menjadi perhatian ramai. Selepas kolaborasi di Jakel, pasangan ini kelihatan begitu rapat dan mula mengenali hati budi masing-masing. Beberapa sesi live Que dan Fazura membuatkan hati peminat mereka tumpang bahagia.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mstar Online Official, Hibglam dan Tiktok Anistaqwa, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan kelibat Fazura hadir ke malam gala tayangan perdana filem Malaikat Malam lakonan hebat Que bersama Syafiq Kyle.

Fazura dan Que tampil sedondon berbaju Melayu dan kurung berwarna ungu. Kehadiran Fazura menarik perhatian rakan-rakan artis dan media yang hadir. Kata Que, Fazura hadir sebagai tanda sokongannya kepada Que. Bagai pinang dibelah dua, pasangan ini kelihatan sepadan dan secocok bersama.

Selepas selesai majlis tersebut, Que berjalan di hadapan untuk membawa Fazura keluar dari dewan tersebut. Layanan Que kepada Fazura yang sangat gentleman itu disenangi warganet. Ramai yang mendoakan agar pasangan ini berjodohan kerana suka melihat keserasian antara mereka.

Jom tonton video di bawah :

@anistaqwa

#malaikatmalam

♬ Jodoh Lebaran – Last Chorus – Aisha Retno

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Aduiiiii kita pula yg excited tgk, dgn lagu jodoh lebaran lg mcm kena je vibes tu.. tengok sambil senyum senyum.. Sbb abg jamil dtg dgn jamilah sy like semua komen sambil senyum2 baca komen.. “

” Finally ada seorg lelaki kembalikn nur fazura,wlupun sahabat, setelah 2thn kena kecam teruk2 olh netizen2.. Syukur alhamdulillah.. “

” Berbunga hati kita awak.. Tq siapa ambik video ni.. pasangan yang kami tunggu.. Moga di permudahkan. nampak sekufu sgt depa dua ni xde nk control2 macho control2 ayu bagai chill sajo.. “

” Dah kenapa aku yang blushing.. sweetnya datang sama sama.. haishh berbunga hati ni, Alhamdulillah.. moga Allah jaga selalu persahabatan Que Faz.. “

” Sesuaiii sangat Que dengan Faz ni.. moga berjodoh.. sahabat support sahabat.. sweet sangat.. que lead depan jalan dulu, faz ikut belakang.. melting tengok.. “

” Aku suka betul tgok kalau lelaki yg lead dlm segala hal…. Green forest betul la que ni.. Awak2 semua jangan menekan nekan King & Queen kita tau.. “

” Arghhh sweetnya Que Faz ni.. jodoh lebaran sangat ni Que Haidar.. dah ada yang lead Fazura.. faz nampak menurut je.. “

Tumpang gembira warganet melihat cara Fazura dan Que saling support antara satu sama lain. Mungkin sekarang sebagai seorang sahabat, kalau ada jodoh bersama nanti tiada siapa yang tahu. Apa-apa pun, semoga Que dan Fazura terus success dalam kerjaya masing-masing dan Allah pelihara persahabatan mereka ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mstaronline , ig hibglam, Tiktok Anistaqwa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak