Artis / Selebriti
” Haishh asal sweet sangat ni. Aku yang dah kahwin pun blushing.. ” – Komen Netizen
Video Sabri Yunus Dan Angeline Tan Bercerita Perkara Yang Tidak Disukai Dengan Pasangan. Fuh Jujur Sangat Ni Abang Sabri, Nasib Baik Pandai Counter Balik. Kalau Tak, Merajuk Panjang Lah Angeline. Haha !!
Pernikahan pasangan selebriti, Sabri Yunus dan Angeline Tan meraih perhatian. Pasangan ini bakal mengacarakan satu program diberi nama Angeline Tanya Abang Jawab yang akan bersiaran pada bulan September nanti di TV Alhijrah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok TV Alhijrah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sabri dan Angeline menjawab beberapa soalan. Ketika ditanya perkara apa yang tidak disukai daripada pasangan, Angeline menjawab semua yang ada pada Sabri , dia suka.
Sabri pula membocorkan satu rahsia perangai Angeline yang kurang disukainya. Setiap kali bangun tidur, Angeline pasti akan mengucup wajahnya. Romantis dan sayang sungguh Angeline terhadap suaminya ini. Angeline membuat mimik wajah dan meminta kepastian betulkah dia tidak disukai diperlakukan begitu.
Bijak Sabri mengambil hati Angeline dengan mengatakan ayatnya itu sebenarnya dimaksudkan ‘suka’. Pasangan ini juga turut berkongsi cara mereka menegur kesilapan antara satu sama lain tanpa mengguris hati. Tumpang seronok warganet melihat kebahagiaan Sabri dan Angeline itu.
Jom tonton video di bawah :
@tvalhijrah AKAN DATANG DI TV ALHIJRAH! Tak kenal maka tak cinta. Tak begitu abang @sabriiyunus & kak @angeline_tan1 ? Nantikan program ANGELINE TANYA ABANG JAWAB akan menemui penonton bulan September ini di TV AlHijrah. sabriyunus angelinetan angelinetanyaabangjawab ATAJ tvalhijrah114 satukanummahdenganilmu jomtontontvalhijrah MalaysiaMadani PelanAlFalah alhijrahplus fyp foryoupage fypγ·γviral
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Biar lambat nikah asalkan jumpa dengan orang yang tepat. yang single scroll laju-laju ye adik-adik haha.. ”
” Yang single boleh lipat bumi eh.. sebab di sini tak ada tempat untuk korang haha.. alhamdulillah sweetnya walau kahwin da lewat semoga bahagia sampai akhir hayat..Β ”
” Angeline ni romantis betul.. Bukan senang nak jadi wanita macam ni.. aku yang dah kahwin pun blushing.. ”
” Org perempuan yg berumur dn lambat kawen slalu nya akan sweet sgt sb sblm ni dia tk rasa smua kebahagiaan berpasangan tu dri muda. dpt plk suami yg baik dn penyayang. lg la manje2.. ”
” Eh kenapa aku senyum-senyum ni.. Bestnya kalau relationship macam ni.. nampal sangat kasih sayang angeline lebih besar dari suami.. ”
” Tak sgka mcm ni indah jodoh dri Allah. msa muda cuma brlakon sama2 agama pown brbeza. Allah temukan dlm keadaan mcm ni , bahagia je tgk. moga kekal bahagia.. ”
” Haishh asal sweet sangat ni.. Nmpk keikhlasan cinta Angeline pd suaminya .. moga kekal bahagia till jannah.. Cinta orang lama ni padu, suka lah kita.. ”
Seronok warganet yang menonton video ini kerana sifat romantis Angeline bersama Sabri. Apabila orang berusia bercinta, manisnya itu lebih daripada orang muda. Semoga kebahagiaan sentiasa milik Sabri dan Angeline serta selalu dalam lindungan Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok TVAlhijrah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen