Connect with us

Artis / Selebriti

” Hael tak sorok-sorok dah yer. Kalau Nabila ada ni memang naik sheikh depa ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video Hael Husaini mengusik Fattah Amin dan Amira Othman buat ramai terhibur. Amboi Hael, lagu trend Fattah pula dinyanyinya. Siap tiru gaya Fattah goyang bahu sambil pandang Amira. Lawak lah Hael, hehe..

Kemeriahan menyambut Syawal masih dirasai dan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini juge turut menganjurkan majlis terbuka Aidilfitri. Hael Husaini antara artis yang diundang untuk menghiburkan semua tetamu di majlis tersebut.

Pada perkongsian terdahulu, gelagat Hael dan pasangan duetnya, Nadeera Zaini mengenakan Fattah Amin dan Amira Othman menerusi lagu Meriah Lain Macam telah pun membuat semua peminat Fattah dan Amira tersenyum lebar. Namun usikan Hael tidak terhenti di situ dan sahabat baik Amira ini ada agendanya tersendiri.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imani Imtiyaz dan Im_yourgirl06, telah dikongsikan satu lagi video yang memaparkan Hael mengusik Fattah pula. Sebelum ini, Fattah ada membuat trend Tiktok menggunakan lagu Putri Iklan dan gaya Fattah menggoyangkan bahunya ditiru oleh Hael.

Hael berdiri di tepi Fattah dan menyanyikan lagu tersebut sambil memaut bahu Fattah. Lirikan mata Hael yang memandang ke arah Amira sambil tersenyum-senyum sudah cukup membuatkan Amira memahami usikan sahabat baiknya itu. Amboi, kaw-kaw Hael menyakat Amira dan Fattah.

Jom tonton video di bawah :

@imani_imtiyaz

Eh lah haiiiii…ku nk buat keje tau .. ada student bising nie.hahahaha. nie semua Salah budak 2 org nie.hahahaha. kakak off data internet lah 😝😝😝😝#amiraothman #fattahamin

♬ original sound – IMANI.IMTIYAZ – IMANI.IMTIYAZ

@im_yourgirl06

#amiraothman #fattahamin #haelhusaini #nadeerazaini #CapCut #masukberanda #jodoh #capcut #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #trendingvideo #trending #live #trend

♬ original sound – Sₑcᵣₑₜ GᵢrL ❤️✨ – Sₑcᵣₑₜ GᵢrL ❤️✨

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kita yg blushing tengok haha.. nakal eh abam long.. harini kitaorng busy dok layan drama Abg long n Kak long jerr.. “

” Cramp pipi.. hri ini klau nmpak sesiapa jlan seorang sambil senyum2 tu jangan tegur… itu akibat terlebih ubat vitamin semlam smpai pagi ne… dn aku rasa penyakit ne akan berlarut smpai 28/4.. “

” Hael tak sorok-sorok dah yer… kalau nabila ada ni mmg naik sheikh depa nie haha.. Allahuakhbar.. permudahkan urusan jodoh mereka ya Allah.. aamiin.. “

” Hael pesembahan dia memang fokus fattmira je ye.. suka tengok part nie.. Hael Suh bang long nyanyi, nampak mahal gaya bang long macam nie, pastu k long tengok wei…. kita suka… masuk sini payah nk keluar dah, rase nya cukup doh vtmin… tnggu28 NIE.. “

” Hael betul betul guna peluang yang ada mengusik bestie dia eh.. Sambil menyanyi sambil mengusik.. blushing geleng kepala Kak Long dengan perangai Hael.. “

” Ramai yg terperangkap kerana jem sbb psgn ni tambahan si hael nakaii blok jln pulang jd tak bergerak langsung.. mesti dlm hati mira geram je dgn hael.. “

” Syok tengok Kak Long layan Hael sambil-sambil nyanyi.. Fattah pun comel ekk.. mesti kak long cakap, Hael ko meminta kan haha.. “

” Ni rehearsal je dulu.. Malam 28/4 agi bnyk NK kne ot.. lagi2 kalau dak ipan Tu join.. silap2 mem rissa dh standby store KT set.. “

Bak komen warganet, Hael memang ‘function teruk’ sepanjang majlis. Ada sahaja ideanya hendak mengusik Fattah dan Amira. Tetamu lain pun sama-sama terhibur melihat gelagat Hael menyakat FattMira. Semoga berjodohan Fattah dan Amira, ramai yang sudi menyumbang suara di majlis FattMira nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz, Tiktok Im_yourgirl06

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak