Artis / Selebriti
” Hadie dah la comel manja-manja, buat gedik-gedik sikit. Over lagi Hadie.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Hadie Elfardie ketika berlatih lagu Lelaki Seperti Aku untuk persembahan Grand Final. Wah berjoget lagi Hadie minggu ini. Tentu lagi ligat Hadie, riuh lah MBSA nanti. Tak sabar..
Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, semua peserta Talk To My Manager akan mengakhiri perjuangan mereka di pentas TTMM. Konsert Grand Finale menampilkan 6 orang peserta akhir iaitu Marsya, Ammad, Ammar, Hadie, Oddah dan Thalita. Semua peserta sedang sibuk membuat latihan dan persediaan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ina Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hadie mengikuti kelas tarian untuk memantapkan lagi persembahannya. Untuk lagu solo, Hadie akan mempersembahkan lagu dendangan asal Aliff Satar berjudul Lelaki Seperti Aku.
Melihat Hadie menari membuatkan ramai peminatnya tidak sabar untuk melihat persembahan Hadie nanti. Bak komen warganet, lagu Awak Kat Mana Hadie berjaya mempersembahkan dengan jayanya di konsert final baru-baru ini dan tidak mustahil lagu Lelaki Seperti Aku akan menjadikan persembahan Hadie lebih gempak.
Apakah tema yang bakal dibawakan, bagaimana backdrop dan berapakah bilangan penari yang bakal mengiringi Hadie, itu semua akan terjawab di pentas Grand Finale nanti. Warganet turut memberikan beberapa pendapat mereka untuk Hadie gunakan bagi mencipta wow factor untuk persembahannya itu.
Jom tonton video di bawah :
@inasuhaimi78 Kelas dance utk hadie arini utk lagu lelaki seperti aku #inanaim #hadie #hadiefc #ttmm #dance
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sape sangka lagu ‘Awak kat mana’ Hadi boleh menyanyi lagi best drp yg asal.. jelas lagi sebutannya.. InsyaaAllah Hadie boleh kali ni.. Cuma minta Hadie MAIN MATA sikit lagi umphhh.. “
” Kami semua sokong hadie.. puan ina.. kena ada wow factor untuk lagu ni.. harapnhqdie dapat perform yg terbaik.. koreografi kena mantap, lagu ni rancak.. Lambat pulak nak tunggu ahad ni,tak sabar nak tgok hadie perform. All the best hadie.. “
” Cuba flirt sikit hadie haha.. sebab kena wujudkan wow factor tu, nak menang kena ade strategi kan.. Mesti Ada character dlm lagu tu.. expresi body, muka , mata is a Must to get to top 3.. “
” Hadie dah la comel manja-manja.. nyanyi lagu ni bertambah comel.. Wow lagu alif satar rancak lagi semoga hadie berjaya bawa lagu ini hadie memang tampan semoga hadie boleh buat.. “
” Ramainye yg bg nasihat yg baik2 utk hadie.. sume nak hadi perfom plg best last ni.. all out hadie.. you can do this..stage is yours.. Over lagi hadie… lontarkan habis2san.. last dh ni.. “
” Cuba kenyit2 Mata tu sikit nnt.. mesti havoc.. buat gedik2 sikit hadi.. Bayangkan lagu minggu lps pun Hadie buat jadi melting , lagi lagu yg cute ni.. “
” Walaupun lagu ni sgt ringan dan santai utk grand finale smoga hadi bole buat yg wow mcm awk kt mana. tak expect sgt bole jd best gila. insyallah u can do it.. gud luck hadie.. “
Apa agaknya strategi dan kejutan yang bakal Hadie persembahkan di pentas Grand Finale nanti. Ramai yang tidak sabar untuk menonton persembahan Hadie. Semoga Hadie dapat melakukan yang sehabis baik untuk lagu ini. Kalah menang itu adat pertandingan, tetapi Hadie sudah pun menang di hati ramai orang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mantap manager, pandai plot twist. Ibu bagi lampu hijau tu Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bila nak dapat baby ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Epic performance, balance suara feminine dan maskulin. Duet paling tenang.. ” – Komen Netizen