Artis / Selebriti
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie ketika ditanya mengenai perasaannya setelah ibunya berkahwin lagi dan pandangannya terhadap daddy baru. Jawapan Hadie raih perhatian ramai..
Tukar di media sosial video anak sulung Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie yang menangis setelah ibunya sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal pagi tadi. Ramai yang tertanya-tanya mengapa Hadie menangis, adakah Hadie sedih ibunya berkahwin lain atau pun ada sebab lain.
Meninjau entry di akaun Tiktok Mstar Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang wartawan menemubual Hadie. Anak muda ini ditanyakan tentang perasaannya dengan kehadiran seorang ayah baru. Hadie mengatakan dia bersyukur kerana ada orang yang sanggup menerima dan menjaga ibu dan adik-adik.
Dari segi penerimaan Hadie untuk perkahwinan ini, dia menegaskan dia hanya memikirkan ibu dan adik-adik yang memerlukan susuk tubuh seorang suami dan ayah. Kata Hadie lagi, ibu memang ada memaklumkan akan berkahwin dengan orang baru dan Hadie menerima dengan baik.
Apatah lagi ayah baru yang dipanggil sebagai daddy ini orang yang baik dan boleh diharap. Tidak putus ucapan ‘ Alhamdulillah’ yang keluar dari mulut Hadie ini. Mendengar percakapan Hadie ini saling tak tumpah seperti arwah ayahnya. Memetik komen warganet, Suhaimi berjaya mendidik anaknya ini menjadi seorang yang baik budi pekerti dan tinggi adabnya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mstarmalaysia Anak sulung Ina Naim βrestuβ perkahwinan ibu, yakin bapa tiri mampu jaga keluarga #sembangentertainment #inanaimnikah #mstar #inanaim
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Didikan Suhaimi Saad memang mantap. berjaya arwah didik anak-anak. Baik tutur kata anak sulung Ina Naim ni.. cakap pun teratur dan tenang je.. “
” Sopan sungguh anak ina naim ni hasil didikan mak bapak hebat terbaik lah.. dewasa sangat cara jawab tu.. “
” Lembut je anak Ina naim ni bercakap.. Tahniah atas didikan ina dan arwah Suhaimi.. sgt bertgjwb Hadie ni, dahulukan adik ibu dlu, tak sebut diri sdiri.. “
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia bercakap…. Ingatkan dah 20 ke.. tutur kata ank SS penuh beradab dan matang.. “
” Ungkapan “Alhamdulillah” di ungkap byk kali. bagus didikan ayh ibu . punya adab yg tinggi myusun kata-kata, fikirkan adik-adik bagus sangat Hadie.. “
” Adab yang tinggi, cukup berhati-hati dalam setiap patah perkataan yang dia sebut, yang dia lontarkan.. didikan arwah Suhaimi, alhamdulillah anak yang baik.. “
” Matang betul la Hadie ni padahal muda lagi.. alhamdulillah didikan SS dan ina, kata-kata pun baik. bijak dia bercakap, walaupun kena provoke.. tak lepas dari mulut dia ucap alhamdulillah.. “
Indah betul tutur kata Hadie dan percakapannya itu melambangkan keperibadian yang baik hasil didikan arwah Suhaimi. Saling tak tumpah seperti cara arwah Suhaimi bercakap. Semoga Hadie sentiasa menjadi abang yang bertanggungjawab kepada adik-adik dan anak yang soleh untuk ibu, ayah dan daddy.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mstar Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen