Artis / Selebriti
” Hadiah saya kepada suami.. ” – Erra Fazira
Video Erra menghadiahkan pakej umrah buat suaminya, Ezwan Zain raih perhatian. Hadiah berharga daripada seorang isteri. Semoga mendapat umrah yang mabrur..
Baru-baru ini, Primadona Erra Fazira bersama suaminya, Ezwan Zain, telah menjadi tetamu jemputan istimewa di konti radio Sinar. Kehadiran pasangan pengantin baru ini sememangnya dinantikan oleh para pendengar untuk mendengar celoteh dan perkongsian mereka selepas bergelar suami isteri.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Radio Sinar, Erra ditanya mengenai destinasi bulan madu mereka. Menjawab pertanyaan tersebut, Erra memaklumkan bahawa dia dan Ezwan akan berangkat menunaikan ibadah umrah. Tarikh mereka bertolak adalah pada hari ini.
Menurut Erra, pakej umrah tersebut merupakan hadiah istimewa daripada dirinya buat sang suami. Malah, katanya lagi, pada awalnya dia berhasrat untuk membuat kejutan kepada Ezwan, namun terpaksa memaklumkannya lebih awal kerana memerlukan pasport suaminya bagi urusan permohonan visa.

Terbaharu, akaun Instagram Sinar turut memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan Erra dan Ezwan berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Tanah Suci serta kapsyen yang ditulis oleh Ezwan memohon doa daripada semua agar segala urusan menunaikan ibadah umrah bersama isteri tercinta dipermudahkan.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian tersebut dan turut menitipkan doa serta kata-kata yang baik buat pasangan ini. Antara komen yang menarik perhatian ialah:
” Hadiah yang cukup bermakna dunia akhirat dari seorang isteri Primadona Erra Fazira buat suami tercinta Mr Ezwan. Alhamdullilah.. “
” Hadiah yg cukup bermakna.. Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah umrah buat kalian berdua dan mendapat umrah yang mabrur Aamiin.. “
” Subahanallah Alhamdulillah Allahuakbar… Semoga Allah mudahkan ibadah di sana nanti…hadiah terindah buat suami tersayang.. “
” Semoga sentiasa dilancarkan urusan menunaikan umrah. Selamat pergi dan balik ke tanahair. Mendapat umrah yg mabrur.. “
” Hadiah yang cukup bermakna dunia akhirat dari seorang isteri Primadona Erra Fazira buat suami tercinta Mr Ezwan. Alhamdullilah.. “
” Semoga selamat pergi dan balik, mendapat umrah yg mabrur dan doa yg makbul serta semakin kuat ikatan cinta antara 2 hati ini dlm rahmat Allah…. Aaamiin Ya Mujib.. “
” Semoga selamat pergi dan balik,semoga dipermudahkan segala urusan Erra & Ezwan di sana,semoga mendpaat unrah yang mabrur aamiin yra.. “
Semoga segala urusan pasangan ini untuk menunaikan ibadah umrah akan dipermudahkan dan berjalan lancar serta kepulangan kelak membawa keberkatan serta kebahagiaan dalam melayari bahtera perkahwinan yang baru dibina. InshaAllah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen

