Connect with us

Artis / Selebriti

” Habis melekat kat dinding dah Jakelina majuk. Lagi berapi lah kena hasut dengan Kamal, haha.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein merajuk buat ramai terhibur. Dapat pula geng mengusik yang lain. Memang muncung habis Kak Lina Pom Pom. Lawak perangai masing-masing, haha..

Nama Jakel bukan sahaja sinonim dengan kemeriahan musim perayaan, malah sering menjadi perhatian kerana barisan dutanya yang terdiri daripada selebriti popular tanah air. Tahun ini, gabungan Elly Mazlein, Kamal Adli, Fazura dan Que Haidar sekali lagi mencuri tumpuan.

Bukan sahaja kerana kempen raya yang mewah, tetapi juga gelagat mereka yang mencuit hati. Paling menjadi perhatian pastinya Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom. Elly dilihat ‘merajuk’ dengan wajahnya menghadap ke dinding.

Dalam pada Elly merajuk, muncul pula ‘api dalam sekam’ yang kononnya cuba menghasut. Gelagat nakal Kamal seperti menghasut sesuatu ditepis oleh Que Haidar. Usikan demi mencetuskan suasana gamat di situ. Ada sahaja gelagat masing-masing.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka dripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Hakikatnya, gelagat spontan duta-dua Jakel inilah yang menjadikan kempen Jakel lebih hidup dan dekat di hati masyarakat.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai komen yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Meriah betul duta2 jakel thn ni kan mcm2 acuan & bentuk…ada yg sweet sour, plump fluffy, ada yg minty fruity, ada yg pepper powdery…mcm2 rasa serbaneka! “

” Weyh klu Jakel buat telemovie utk artis2 dorang ni komfom best. Lgi2 de kak Lina.. ni baru btol kene main lagu Kak Lina ‘Aduuhh Sayang, sakitnya hatiku, bagai dipanah, duri sembilu.. “

” Tuhan da takdirkan mereka disatukan kat sini saya nampak semua happy2 biar la kegembiraan ini berterusan bila happy keletihan kesedihan kepayahan semua dpt diatasi .. “

” Ooo..mcm tu kak pom2 merajuk..nsib x pegi jauh2 mcm merajuk dgn shuben dia tu.. seronok keja mcm nii.. hepi2.. perangai pun mcm2.. “

” Adik bongsu mmg gitu suka menghasut…Kak Lina jangan caya taw. Adoi lawak la dorg ni…. semua tingtong….dgn Deqyan sekali masuk air .. “

” Jakelina…Jakelina….macam perangai budak2 darjah 2 dulu2…begaduh berebut watak SailorMoon, Habislah melekat kat dinding dah Jakelina majuk.. “

” Lagi berapi la hati kak lina kena hasut dgn kamal.. Kan dah kena cepuk dgn Que lawakk la hai.. Kaklina Jakel Que Haidar n Kamal Adli memmg booom this 4 are super powerrrr.. “

Gandingan mereka berempat sangat sesuai dalam memeriahkan promosi Jakel. Elly dengan kelincahannya, Fazura dengan aura elegan, Kamal dengan karisma tersendiri dan Que Haidar dengan gaya matang, semuanya melengkapi antara satu sama lain.

Silakan SHARE..

Sumber : IG jakeltextile

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Pore Clay Stick

Trending

Copyright © Berita Kopak