Artis / Selebriti
” Haaa tahu goyang kau Ib. Bini baru tanya ‘serius lah’, dah terus spin cerita. Haha.. ” – Netizen
Video Shuib Sepahtu ‘Marah’ Isterinya, Watie Gara-Gara Ingin Keluar Bermain Golf Buat Warganet Terhibur. Amboi Awal Tu Power Betul Dialognya. Sekali Watie Tanya Sikit Je, Terus Auto Petik Nama Orang Lain. Ni Baru Betul Beras Kita Beli Ib, Haha !!
Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan perbualan antara Watie dan Shuib Sepahtu. Watie yang sedang touchup makeup didatangi oleh Shuib. Datang-datang sahaja Shuib terus bersuara dengan nada yang tegas.
Kata Shuib, dia hendak bermain golf besok dan Watie tidak perlu bertanya dengan siapa dia bermain golf dan pelbagai soalan lain. Tambah Shuib lagi, tak perlu dia minta izin Watie untuk ke mana-mana kerana dia adalah suami dan dia ada hak untuk membuat apa sahaja.
Watie memandang ke arah Shuib dan menjawab ‘ serius lah ‘ sebanyak 2 kali. Mendengar jawapan Watie dan pandangan si isteri, terus Shuib spin cerita. Ajak Shiro pula yang diheretnya dalam cerita kali ini, katanya Ajak Shiro yang berdialog begitu dengan isterinya, Afifah.

Bukan main lagi Shuib eh, tak pasal-pasal Ajak pula terbabit sama. Reaksi muka Shuib menjadi betul. Macam betul je, sedangkan itu cuma lakonan semata-mata. Kapsyen Watie juga mencuit hati berbunyi ‘ Sebenaqnyaaa dia cuba nak luahkan isi hati yang terpendam tapi’ .
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Watie ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahahahaha… baru kawen Eb.. jgn buat hal.. susah nk dpy bini yg baik Eb.. tpi yg kelakor tu bila bini tanya kli ke2.. suara dh tersekat haha.. ”
” Baru ‘serius la 2 kali ’ tu haha.. belum dijeling lagi haha. korang ni kan ger4m pulak nengok. Nama ajak jugak dipetiknya.. ”
” Habis la si ajak balik kang…standby jela mata gn telinga tu dengan cik pipah kite haha… tido atas rumput carpet luo le gamaknya malam ni.. hahahahaha.. ”
” Tiber petik nama member haha. Betul ke Ajak cakap camni pipah. nak kena si ajak ni, besee dia tu haha.. ”
” Berpeluh dh tu sebenarnya.. tp buat2 relax kan.. kan.. haha blk rmh ajakshiro kena tarik telinga dgn cikgu afifahamin xtau la.. ”
” Hujung-hujung kau spin ek Ib haha, Lawak kesian si ajak haha. Cara pasal lah Ib.. berdekah aku tengok muka Ib last tu.. frust nampak bang haha.. ”
” Haaa tahu g0yang kau Ib, Bini baru tanya serius lah dah terus spin cerita haha. tak pasal member kena dengan bini member sekali haha.. ”

Bukan main Shuib eh, part tunjuk berani awal-awal tu memang salute lah tapi pengakhirannya buat ramai ketawa berdekah. Mana berani ye Ib, beras bini yang masak, haha. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

