Artis / Selebriti
” Haa kan degil kan, degil kan, dia dengan phone dia. Jangan main-main dengan I ye.. ” – DS Umie Aida
Video DS Umie Aida Dan Betty Rahmad Membebel Kepada Erma Fatima Kerana Asyik Main Handphone Buat Ramai Terhibur. Bila Adik-Adik Rampas Dan Sorok Handphone Kakak, Redha Je Lah Muka Erma. Che Semah Pun Senyum Tengok Je Perangai Masing-Masing, Haha !!
Erma Fatima, Datin Sri Umie Aida dan Betty Rahmad antara selebriti tanahair yang mempunyai hubungan sebagai adik beradik. Masing-masing mempunyai karakter tersendiri dan perangai 3 beradik ini menjadi hiburan buat ibu mereka, Che Semah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Watieysoong, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Erma, DS Umie dan Betty ketika mereka sama-sama membuat aktiviti camping. Ketika live sedang berlangsung, ada yang mengatakan mereka bertiga sedang lepak di luar rumah.
Tergelak Betty membaca komen tersebut. Walaupun sedar Betty membuat live, Erma tetap fokus menghadap handphone sehinggakan dimarahi oleh Betty dan DS Umie. Membebel Betty dan DS Umie kepada kakak sulung mereka itu. Tidak berakhir di situ, DS Umie mengambil handphone Erma dan menyorokkannya.

Keesokan harinya pula, ketika sedang asyik bercakap dalam live, DS Umie tidak menyedari yang Erma sudah ternampak handphone yang disorokkan olehnya itu. DS Umie segera memasukkan handphone itu ke dalam bajunya tetapi sia-sia kerana Erma berjaya mengambil kembali handphone itu.
Jom tonton video di bawah :
@watieysoong @erma fatima @Umieaidaofficial @Betty Rahmad | Sambal Queen
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha adik bongsu berebut kakak.. Kak Erma suka main game tu lah haha.. ”
Lucu melihat telatah 3 beradik ini. Walaupun masing-masing sudah bergelar mak tetapi perangai mereka apabila bersama adik beradik seperti budak-budak. Frust betul DS Umie kerana terlalai sehingga Erma mendapat kembali handphone. Che Semah melihat sahaja kelakuan anak-anak kesayangannya itu.

Apabila berkumpul 3 beradik ini confirm riuh suasana kerana masing-masing becok dan banyak cakap. Seronok ada adik beradik yang sporting dan masuk air seperti ini. Bukan kakak sulung yang membebel pada adik-adik tetapi kakak yang terpaksa menadah telinga mendengar adik membebel. Korang bertiga memang kelakar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Watieysoong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

