Artis / Selebriti
” Goosebumps, siapa je tak nervous, dah la impromptu. Love sangat cara Tokti cover Bella.. ” – Komen Netizen
Video persembahan spontan biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Bella Astillah di Anugerah Affin Invikta Top 50 Women of Excellence 2025 curi perhatian warganet. Fuh meremang dengar, dua-dua suara merdu. Nampak macam adik beradik je bila berdiri sebelah-sebelah..
Anugerah Affin Invikta Top 50 Women of Excellence 2025 telah pun berlangsung di ibu kota malam tadi. Ramai yang menerima anugerah pada malam berkenaan dan antaranya adalah biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan si kecil molek, Bella Astillah.
Sempena majlis ini, DS Siti dan Bella menghiburkan semua hadirin yang hadir dengan satu persembahan duet bersama. Persembahan ini secara spontan dan tiada sebarang raptai atau latihan antara 2 figura hebat ini. Menerusi perkongsian di akaun Astro Gempak, video persembahan DS Siti dan Bella telah pun dimuatnaik.
Lagu popular DS Siti berjudul Bukan Cinta Biasa menjadi pilihan dan ianya dinyanyikan dengan cukup bagus oleh kedua-duanya. Persembahan ini mendapat pujian daripada warganet. Kemerduan suara DS Siti bak buluh perindu tidak dapat dinafikan dan tetap padu walaupun secara spontan.

Bella juga mempersembahkan nyanyian yang baik, apatah lagi Bella sememangnya peminat nombor 1 DS Siti. Semua lagu-lagu DS Siti sudah dihafal oleh Bella dan sering dinyanyikan ketika live. Wajah DS Siti dan Bella yang hampir sama itu juga menjadi perhatian warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mesti Bella nervous giler sbb nk nyanyi dgn biduanita negara suara paling merdu di Malaysia. nasib baik Bella steady.. “
” Tokti macam menyanyi dalam cermin, tengok diri waktu muda.. Dah mcm adik beradik menyanyi bersama.. “
” Macam adik bradik dkt sama dh wajah bella ng tok ti.. Alhamdulillah… tahniah Dato Siti Nurhaliza dan Bella Astillah … dua2 cantik dan mempunyai aura yg tersendiri.. “
” Love tokti & bella. Both shining and inspiring.. Congrats.. Sayang 2 2 ni…. Love sangat cara tokti cover Bella.. “
” Akhirnya both powerful ladies of Malaysia together on stage in a prestigious event belting out a powerful song….. and also both receiving awards.What a wonderful moment! This is awesome! Masyaa Allah.. “
” Goosebumps, siapa je tak nervous dah la impromptu. Bella pun tak over2 nak overshadow da Tok Ti superb layan aja adek dia, dia pun tak berlebih2.. Love both ctdk and bellaastillah.. “
” Kesayangan kami duet, love both.. Malaysian sweetheart.. Tokti dgn diri nya masa zaman muda.. dua2 mcm anak patung… barbie malaysia.. “

Tentu Bella gembira kerana dapat berpadu suara bersama idola kesayangannya ini. Baik DS Siti mahu pun Bella, kedua-duanya ada aura tersendiri. Apa-apa pun, tahniah daripada kami di Berita Kopak atas penganugerahan yang diperolehi oleh DS Siti dan Bella semalam.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Media Hiburan, IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy harap sampai tua nanti anak-anak akan tetap buat macam ni dengan Mummy dan Daddy.. ” – Watie


