Viral
” Goosebump dari mula sampai habis May Bae nyanyi. Berdiri bulu roma, auto teringatkan arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen

Video Tiktoker Dari Vietnam, May Bae Menyanyikan Lagu Kesetiaan Buat Ramai Tersentuh. Fuh Sedap Betul Suara May Bae Ni. Part Tarik Tinggi Tu Meremang Dengar. Acap Pun Hampir Menangis Dengar Nyanyian May Bae !!
Bagi pengguna yang aktif di platform Tik Tok, nama Acap S antara Tiktokers yang popular dan selalu menjadi perhatian ramai. Acap sering membuat live tidak hanya bersama Tiktokers dalam negara, malah juga bersama Tiktokers dari negara lain.
Meninjau akaun Tiktok MissLeaaaaa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Acap bersama gadis dari Vietnam bernama May Bae. Ini bukan lah kali pertama live mereka berdua kerana sudah beberapa kali membuat live bersama-sama. Bagi yang tidak mengenali May Bae, gadis ini memiliki bakat dan suara yang sedap.
Menerusi video ini, May Bae menyanyikan lagu dendangan asal arwah Siti Sarah berjudul Kesetiaan. Sebelum ini, May Bae pernah menyanyi lagu hits Malaysia antaranya lagu Bunga dan Masing-Masing. Sekali pun pertama kali membawakan lagu Kesetiaan, May Bae melakukannya dengan cukup baik.
Lenggok dan tone suara May Bae menghiburkan semua yang mendengarnya. Penyampaiannya sampai dan May Bae menyanyi dengan caranya yang tersendiri. Suara May Bae ini mengingatkan warganet terhadap arwah Siti Sarah, hampir sama tetapi tidak sepenuhnya serupa.
Jom tonton video di bawah :
@mermaidmisslea @Acap S @⛅️ Mây Bae ⛅️ @erniezakriez #fyp #fypシ #viralvideo #viraltiktok #viral #vietnam #maybae #gacor #fyppppppppppppppppppppppp #masingmasing #erniezakri #trending #livetiktok #acaps
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka sejak dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Goosebump dari mula sampai habis May Bae nyanyi.. memang sedap suara dia, ada lenggok tersendiri dan lain dengan Sarah.. ”
” Kalau dia turun Satu key Lagu tu mmg syahdu giler bai btw good job may bae.. knpe dgr lagu nim auto mengalir air mata… ingt arwah… something special arwah di hati.. ”
” Sedap g1la suara May Bae ni.. Padu betul nyanyian dia. Sebijik suara macam arwah siti Sarah tapi tak full sama macam arwah lah.. ”
” Allah, auto air mata keluar bila dengar lagu ni.. padu teringat terus pada arwah Sarah.. Miss so much arwah Sarah.. ”
” Aku ikut nyanyi sekali, auto nangis.. May Bae memang padu dan serba boleh.. berdiri bulu roma bila dia tarik lagu tinggi ni, mantap.. ”
” Pergh mantap suara.. penghayatan may bae tu buat kita teringat pada Sarah. Lagu yang memberi kesan yang mendalam kepada 1 Malaysia.. ”
” Mantap coy pertama kali maybea bawak lagu ni, lari sikit-sikit biasa la.. mmg apa pun lagu yg dia bawa semua jdi la.. ”
Terbaik nyanyian daripada May Bae ini. Walaupun baru pertama kali mendendangkan lagu Kesetiaan, tetapi feel itu sampai kepada pendengar. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah. Untuk May Bae, teruskan berkarya kerana ramai yang menyukai suara merdu May Bae.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok MissLeaaaaaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen