Artis / Selebriti
” Gitu je dia gula-gulakan kita ek. Tokti ni kadang-kadang masuk air jugak, kelakar.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menjawab Panggilan Telefon Suaminya, Dato’ Seri Khalid Jiwa Ketika Live. Wah Wah Romantik Betul Tokti Ber’ILUSM’ Ye. Ingatkan Betul-Betul, Rupanya Tokti Gula-Gulakan Semua. Nakal Tokti Ni, Haha !!
Raut wajahnya yang jelita dan suaranya yang lunak membuatkan warganet sering jatuh hati. Siapa lagi jika bukan penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Suara emas DS Siti ini ketika bercakap sahaja sudah lemak merdu, apatah lagi jika DS Siti menyanyi, bertambah-tambah lunaknya.
Meninjau akaun Tiktok Siti Nurhaliza Fan, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan video live DS Siti. Ketika sedang asyik bercerita, DS Siti mendapat satu panggilan daripada suaminya, Dato’ Seri Khalid Jiwa. Bukan selalu dapat mendengar DS Siti bercakap dengan Dato’ Khalid.
Mendengar perbualan itu sahaja pastu membuatkan warganet tersenyum sendirian. Lembut dan manjanya suara DS Siti ketika bercakap dengan Dato’ Khalid. Apa yang menarik perhatian adalah ayat DS Siti kepada Dato’ Khalid sebelum mengakhiri panggilan tersebut.
DS Siti menyebut perkataan ‘kod rahsia’ yang famous masa kini iaitu ILU dan ILUSM. Disangkakan DS Siti betul-betul menyebut ayat itu kepada Dato’ Khalid, tetapi rupa-rupanya ianya hanya ditambah oleh DS Siti. Walhal talian telefonnya sudah dimatikan oleh Dato’ Khalid terlebih dahulu. Pandai bergurau lah DS Siti sekarang.
Jom tonton video di bawah :
@sitinurhalizafan Bila Dato K Call DS @Siti Nurhaliza ❤️ Suka Ye Usik 😂
♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tokti nie kadang-kadang masuk air jugak haha.. kelakar.. ok kena scam dengan tokti. Comel g1la part ni.. ”
” Aku yang tengok pun sengih sorang-sorang.. kite time2 brcinte je giteww skng daa kawin xjumpe lg daa syg2 sbb daa melayangg.. ”
” Olooo so sweet nye tokti. saya tengok pun ikut tersenyum-senyum pulak.. dah kenapa.. mesti dato k tengok pun tergelak sama ni.. bini aku dah kenapa haha.. ”
” Kena gula-gula gitu je aku dengan tok tie ni.. ee geram lah kita.. tokti ni full package.. semua ada pada dia.. ”
” Masa Tokti ckp “bye” yg last tu, actually DK da End called, yg lain Tokti tambah2 saja2.. Lawak la tokti ni.. bila tokti masuk air be like cute sangat-sangat.. ”
” Hahah comel sangat tokti.. punya lah ber LUSM apa kita digula-gulakan aje haha.. Ingatkan betul-betul ber’ILUSM’, nakal tokti ni.. ”
” Gitu je dia gula-gulakan kita ek.. tokti ni time kelako dia mari boleh tersenggeh-senggeh tengok.. tokti pandai buat lawak.. ”
Pandai juga DS Siti membuat lawak sehinggakan ramai yang tertipu dengan lakonannya itu. Jika betul DS Siti bercakap begitu dengan Dato’ Khalid, tentu Dato’ Khalid yang pening kerana isterinya berperangai pelik, haha. Apa-apa pun, ayat hujung itu hanya senda gurau DS Siti sahaja dan semoga semua terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Nurhaliza Fan, IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral6 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral1 day ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Viral5 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral5 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral4 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara