Artis / Selebriti
” Geramnya tengok anak soleh ni, pandai bagi duit dekat abang-abang.. ” -Netizen

Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Menyantuni Anak-Anak Tahfiz Dan Orang Kurang Upaya Di Sebuah Majlis Raih Pujian Warganet. Bagusnya Afwa Ni, Pandai Dia Bagi Sorang-Sorang Sampul Duit Tu !!
Meninjau di akaun Instagram milik muhdafwakhalid telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid serta anak-anak mereka, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa berada di sebuah majlis berbuka puasa beberapa hari lalu.
Difahamkan video ini direkod ketika DS Siti dan Datuk Seri Khalid menyantuni anak-anak tahfiz dan orang-orang kurang upaya. Kelihatan DS Siti sekeluarga tampil cantik mengenakan jubah berwarna putih. Namun apa yang menarik adalah gelagat Afwa membantu DS Siti memberikan sampul sumbangan duit kepada setiap kanak-kanak yang hadir.
DS Siti memberikan sampul duit kepada Afwa dan meminta Afwa memberikan kepada beberapa orang kanak-kanak. Tidak malu mahupun segan, Afwa berjalan dan memberikan sampul duit tersebut sambil menyantuni mereka. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Sehingga kini, video Afwa membantu ibunya itu mendapat lebih 2 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Afwa, pandainya dia, langsung tak ada rasa takut. Comel sungguh Afwa berjubah dan berkopiah seperti itu, sudah macam anak orang Arab pula.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang mengatakan geram melihat kecomelan Afwa dan memuji sikap Afwa yang suka membantu ibunya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ger4mnya tengok anak soleh ni, pandai bagi duit dekat abang-abang.. Semoga Afwa jadi anak yang soleh, penyejuk hati ibunya.. “
” Alhamdulillah semoga Dato seri Siti Nurhaliza dan keluarga di panjang kan umur murah rezeki amiin.. Comel betul Afwa ni, siap berkopiah lagi.. “
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya, maksudnya mendidik anak biarlah sejak dari mereka kecil lagi. Bagus cara DS Siti mengajar anak-anaknya melakukan hal yang baik seperti ini dan dalam masa yang sama Aafiyah serta Afwa dapat belajar dengan persekitaran tersebut.
Pejam celik, pejam celik, cepat sungguh rasanya masa berlalu, anak-anak DS Siti kini sudah semakin membesar. Semoga kedua-dua anak DS Siti ini terus membesar dengan sihat dan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah buat DS Siti serta suaminya, Datuk Seri Khalid.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen