Connect with us

Artis / Selebriti

” Genius ye, cantik pula tu. Sebiji sama.. ” – Netizen

Video Kek Inspirasi Daripada Busana Aina Abdul Di AJL 38 Raih Perhatian Ramai. Wah, Cantik Dan Unik Sangat. Betul-Betul Kreatif. Sebijik Sama Dengan Busana Aina !!

Menerusi satu akaun TikTok, perkongsian sebiji kek yang dihasilkan daripada inspirasi busana Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 38 telah meraih perhatian ramai. Kek ini dihasilkan oleh seorang pembuat kek yang professional bernama Airie.

Busana Aina pada AJL 38 bertemakan rating-rating dan akar pokok dan ia berjaya dihasilkan dalam bentuk sebiji kek. Wah, sangat kreatif dan terpukau melihat hasil kek ini. Bukan sesuatu yang mudah untuk meniru sesuatu dalam bentuk makanan pula.

Klik gambar untuk info..

Sebelum ini, Airie pernah meniru busana Aina pada AJL 37 dan dihasilkan dalam bentuk sebiji kek. Pada AJL lepas Aina memakai busana berwarna putih seolah -olah seperti awan. Rasanya untuk meniru busana ranting lebih sukar berbanding dahulu.

Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Penampilan Aina beserta busana unik sememangnya sering menjadi perhatian ramai sehingga ada yang membuat parodi atau pun kek seperti ini.

Jom tonton video di bawah :

@airieazely

Jangan mati rase itu.. Alhamdulillah..siap jugak akhirnya..perlu skill dan kesabaran yg tggi2 utk hasil kek nie . #ainaabdul #jmri #ajl38 #muzikanverse #alhaalfamuzikaverse #baker #terenggqnu #abghitammanis #artcake #airiazbaker @ainaabdul20 @ainations @melindalooi

♬ original sound – StanleyJ – StanleyJ

Ramai yang memuji hasil tangan lelaki ini yang sangat kreatif. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Genius yer bang cantik plk tuh.. Wah abg ery hebat2 love teruk kek ni,nati bdy buat kn mcm ni boleh ye.. Melangkau imaginasi sebuah seni Dari arena Seni suara ke inspirasi seni kulinari.. “

” Ni spageti bolognese ke .. cantek .. sayang nk mkn.. Kreatif sokmo la dia..semoga trus berjaya ery.. Awesome and creative..izinkan saya share ye.. “

” Cantik, ada beg kuning tak.. Kalau dah tangan tu seni, buat kerja pun lajuuuu, sebijik sama. Nak tergelak pula sbb cepat sangat idea tu.. “

” Tahniah! Mmg berbakat.. lepas ni makan kek ni tang mana dulu.. nak tgk video next .. Lawo abe! TK nyesal teman dlm live tkdi.. “

” Power. Setiap tahun mesti ada kek ainaa.. Macam mana nak beli kek ni.. bang kasi la kek nie kat aina betul2 nnt tag ye.. “

” Laju dia, beautiful art.. cantiknya seni sir.. micΒ XDA letak dekat tangan DIA please.. Air tgn org laki pn terbaikkk cenggini haaa.. “

” Kreatif betullah.. tahniah.. wow tak pernah mengecewakan bosku.. Perhhhhhh memang kreatif laaa my idolaaa.. terbaik abg hitam manis.. “

Klik gambar untuk info..

Wah, bukan senang untuk menghasilkan kek yang cukup unik seperti ini. Ia memerlukan idea yang sangat kreatif agar hasilnya menjadi seperti yang dibayangkan. Semestinya perasaan yang cukup puas hati apabila melihat hasilnya. Tahniah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Airieazley

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT