Artis / Selebriti
” Gambar masa kakak kecik ni senyuman sama dengan Datuk Syafinaz lah.. ” – Netizen

Gambar Shila Amzah Ketika Kecil Bersama Datuk Syafinaz Cur1 Perhatian Peminat. Laa Shila Ke Tu, Muka Macam Adik Beradik. Yang Pasti Maintain Jer Datuk Syafinaz Sekarang, Awet Muda Betul !!
Siapa tidak kenal akan Datuk Syafinaz, namanya dikenali sebagai guru vokal dan juri program realiti TV popular berbanding karier nyanyian yang diceburi sejak tiga dekad lalu. Datuk Syafinaz Selamat, 47, perwatakannya juga seorang yang tegas ketika mengajar vokal dan menjadi juri persembahan, namun sebenarnya dia seorang yang baik hati dan lembut pertuturannya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram milik penyanyi Shila Amzah telah berkongsi satu gambar dirinya bersama Datuk Syafinaz ketika dia kecil. Memang dilihat gambar tersebut begitu menggamit kenangan lalu dan ianya begitu nostalgia.
Turut dikongsikan juga oleh Shila adalah gambar terkini dia bersama Datuk Syafinaz bersebelah gambar lama tersebut. Menurut Shila gambar tersebut diambil pada tahun 1994 dan kini gambar tersebut telah pun berusia 26 tahun dan ketika itu, Shila baru berusia 4 tahun.
Tulis Shila lagi pada posting tersebut, dia berkongsi gambar ini kerana dirinya baru sahaja berjumpa kembali dengan Datuk Shafinaz ketika dalam rancangan Bintang Ai RTM baru-baru ini. Malah, Shila juga merasa rindu akan kenangannya ketika menyertai pertandingan ‘One In A Million’ yang ketika itu, Datuk Syafinaz merupakan juri.
Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :
https://www.instagram.com/p/CGLyb86D5o9/
Perkongsian gambar tersebut turut mencur1 perhatian ramai . Ada antara peminat-peminat turut memuji bahawa Datuk Syafinaz tetap kelihatan muda hingga kini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Gambar masa kakak kecik ni senyuman sama dengan Datuk Syafinaz lah, yang pasti dua-dua comel.. “
” Serius… Ingatkan dua Shila dengan siapa dalam gambar, dengan Datuk Syafinaz rupanya, memang nampak mcm dua beradik jer gambar lama tu.. “
” Wow betul-betul menggamit kenangan betul, gambar lama macam ni lah yang menjadi satu kenangan yang manis buat kita apabila dewasa.. “
” Gambar sekarang Datuk Syafinaz maintain muda, tak nampak macam usia 40-an, betul-betul awet muda.. “
” Comel jer gambar dua-dua masa muda, bertemu kembali dan bergambar kembali.. “
” Skrg dah sama beso dgn teacher.. Datuk Syafinaz awet muda.. Till now.. “
” Wow memang legend gambar ni, kenangan tak dapat dibeli.. “
Betul lah, cara Shila dan Datuk Syafinaz senyum memang nampak seiras, dah seperti dua beradik. Apa-apa pun, benarlah, gambar tersebut membawa sejuta kenangan, dan kami mengharapkan semoga Shila Amzah dan Datuk Syafinaz akan terus berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah, Datuk Syafinaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen