Artis / Selebriti
” Fuyooh steady lah Tuanku, very sporting.. ” – Komen Netizen

Video Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Berduet Bersama Dato’ Jamal Abdillah Menyanyi Lagu Gadis Melayu Di Konsert Pesta Kuantan 188. Wah Suara Tengku Muhammad Pun Sedap Menyanyi Lagu Kau Ilhamku. Keluarga Diraja Yang Sporting Dan Sempoi !!
Semalam, telah diadakan Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan, Pahang. Pesta tersebut telah dicemar duli oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah. Majlis ini diadakan bersempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan Al-Sultan Abdullah pada 30 Julai lalu dan Tunku Azizah pada 5 Ogos.
Memetik laporan Harian Metro, Pesta Kuantan berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan turut menganjurkan Kejohanan Powerboat Royal Pahang F3000 selain perlumbaan K188 Fun Race serta pameran K188 Cars and Coffee yang menghimpunkan 110 kereta antik.
Meninjau di akaun Instagram milik radio Suria, dikongsikan video yang memaparkan Al-Sultan Abdullah turut berkenan naik ke pentas berduet bersama penyanyi Dato’ Jamal mendendangkan lagu ‘Gadis Melayu’. Telatah Tuanku Abdullah ketika menyanyi menarik perhatian warganet.
Ramai yang mengatakan suka melihat Tuanku Abdullah begitu sporting ketika menyanyi bersama Dato’ Jamal. Menerusi posting lain, anakanda Tuanku Abdullah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah juga turut menyanyikan lagu ‘Kau Ilhamku’ sempena hari Ulangtahun Keputeraan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan warganet selepas mendengar nyanyian Tuanku Abdullah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Fuyooh steady lah Tuanku, very sporting.. Agung yg paling di sukai & disayangi oleh rakyat jelata Malaysia dari pemerhatian saya.. Love sangat.. “
” Masih anggap Sultan sebagai Agung lagi… Sentiasa ada Di hati rakyat… Ceria selalu bersama2 keluarga Baginda.. Sultan pahang always the best. Daulat tuanku.. “
” Bertuah rakyat Pahang dapat Sultan sporting and down to earth.. Masih terasa seperti Tuanku masih bergelar Agong.. Semoga Tuanku sentiasa sihat selalu.. “
” Daulat Tuanku yang sangat humble di sayangi rakyat pahang terbaik .. Sporting je tengok gaya Tuanku nyanyi, hehee.. Boleh tahan sedap suara Tuanku.. “
” Nape comel sgt misician slow sket muzik risau laju2… Steady tuanku. Cuma patik nak pesan teruslah jadi raja yg adil dan cakna dgn hukum islam dlm menjaga negeri. Hamba rakyat sygkan tuanku, moga Allah juga sygkan tuanku.. “
” Rindunya saat Tuanku jadi Agong.. Tuanku sentiasa dekat di hati dan mata rakyat. Seolah-olah tiada jurang pemisah antara raja dan rakyat. Terima kasih tuanku.. “
” Inilah yg dikatakan sultan yang berjiwa rakyat. Menyanyangi baginda hggakan terlupa baginda dh tak jadi yg di pertuan Agong lagi.. Daulat Tuanku.. “
Wah sempoi habis lah keluarga Diraja ini. Betul apa yang dikatakan rakyat jelata, Tuanku Abdullah adalah Sultan yang berjiwa rakyat. Selain itu, untuk sekadar info, Pesta Kuantan juga diserikan dengan persembahan nyanyian artis terkenal Indonesia, Melly Goeslow, Black Hanifah dan DeFam.
Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia, Google Harian Metro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen